Harian Metro

Bom bas mahu kaut untung saham

-

Berlin: Seorang lelaki Jerman-Russia semalam mengaku melancarka­n serangan bom terhadap bas pasukan bola sepak Borussia Dortmund tahun lalu dalam usaha meraih keuntungan daripada pasaran saham.

Dalam satu kenyataan diserahkan kepada mahkamah, lelaki yang cuma dikenali sebagai Sergei W, 28, itu berkata: “Saya amat menyesali perbuatan saya. Saya tidak berniat mencederak­an atau membunuh sesiapa.”

Pesalah Jerman tidak didedahkan nama untuk melindungi identiti mereka.

Tiga letupan pada 11 April lalu itu menghancur­kan tingkap bas berkenaan dan mengakibat­kan kecederaan kepada pemain Marc Bartra, 26, yang patah pergelanga­n tangannya, manakala seorang anggota polis cedera di bahagian dalam telinga.

Pendakwa berkata, tiga bom berkenaan masing-masing mengandung­i sehingga satu kilogram campuran hidrogen peroksida dan kira-kira 65 batang logam berukuran rokok. Kejadian itu pada mulanya dibimbangi serangan pengganas sebelum Sergei ditahan, 10 hari kemudian.

Servei yang juga jurutera elektrik didakwa atas 28 tuduhan cubaan membunuh, menyebabka­n letupan dan mengakibat­kan kecederaan serius.

Dia melepaskan letupan menggunaka­n alat kawalan jarak jauh dengan menyorok dalam belukar ketika bas itu mahu membawa pemain untuk perlawanan.

Menurut pendakwa, Sergei mahu mengaut keuntungan dengan menjangkak­an kejatuhan nilai pasaran saham kelab bola sepak itu akibat serangan berkenaan. Dortmund satu-satunya kelab bola sepak di Jerman yang tersenarai di bursa saham.

Jika perancanga­nnya berjaya, Sergei mampu mengaut keuntungan sehingga 500,000 euro (RM2.4 juta).

 ?? - AFP ?? SEKAWAN monyet melihat kamera seorang lelaki ketika salji turun di Taman Simpanan Hidupan Liar Jiyuan, wilayah
Henan.
- AFP SEKAWAN monyet melihat kamera seorang lelaki ketika salji turun di Taman Simpanan Hidupan Liar Jiyuan, wilayah Henan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia