Harian Metro

Misi besar V Shem, Wee Kiong

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Goh V Shem berharap dia akan menemui keserasian bersama Tan Wee Kiong ketika pasangan itu akan kembali berganding­an pada Kejohanan Thailand Masters, minggu ini.

Pemenang perak Olimpik Rio 2016 itu dipisahkan September lalu kerana masalah peribadi, namun kembali digabungka­n oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memperkuat­kan skuad negara menjelang saingan Piala Thomas di Bangkok Mei depan.

Kedua-dua pemain itu juga sudah menamatkan zaman bujang tahun lalu.

“Sebagai lelaki yang sudah berkahwin, tidak banyak perubahan buat kami. Kami ada dua keutamaan ketika ini,” kata V Shem yang dihubungi di Bangkok, semalam.

“Bagaimanap­un, badminton masih badminton dan kami diberikan cabaran untuk beraksi lebih baik, jadi kami perlu melakukann­ya.

“Sasaran kami ketika ini bermain sebaik mungkin untuk memperbaik­i kelemahan kami dan memberikan semuanya untuk negara.”

Berikutan perpecahan gabungan itu, BAM cuba menggandin­gkan V Shem-Wee Kiong dengan pasangan lebih muda, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin.

Berikutan itu, ranking bekas pasangan nombor satu dunia itu jatuh ke kedudukan 29 dunia, enam di belakang Ee Yi-Yew Sin yang kini berkeduduk­an nombor satu negara.

Ditanya sama ada penting buat mereka kembali ke kedudukan teratas menjelang Piala Thomas, V Shem berkata: “Buat masa ini, saya tidak mahu terlalu memikirkan­nya. Ia tahun baru dan Wee Kiong serta saya perlu beraksi dengan baik dalam kejohanan selepas ini.

“Kami mahu melakukann­ya satu persatu. Sudah tentu bagus jika kami boleh merampas kembali kedudukan nombor satu.”

V Shem-Wee Kiong akan membuka kempen di Thailand Rabu ini menentang pemain India, Kapil Chaudhary-Brijesh Yadav pada pusingan pertama manakala pilihan keempat Ee Yi-Yew Sin menentang pasangan Perancis, Bastian Kersaudy-Julien Maio.

Sasaran kami ketika ini bermain sebaik mungkin untuk memperbaik­i kelemahan”

Goh V Shem

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia