Harian Metro

FELCRA FC sedia lepaskan Adib

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pendatang baru Liga Perdana, FELCRA FC bersedia melepaskan tonggak pertahanan­nya, Adib Zainudin jika ia dilihat langkah terbaik untuk mengembang­kan lagi kariernya.

Timbalan presidenny­a, Datuk Hazian Murad, pasukan itu tidak berdepan masalah seandainya kapten skuad bawah 23 (B-23) tahun negara terbabit mengambil keputusan menyertai pasukan baharu meskipun

(gambar)

dia pernah menyatakan keinginan untuk terus kekal menyarung jersi FELCRA FC.

“Buat masa ini, tiada kepastian mengenai kedudukann­ya tetapi berdasarka­n pengetahua­n saya, dia belum lagi menandatan­gani kontrak dengan mana-mana pasukan.

“Jadi, saya akan pergi ke China, 13 Januari ini untuk memberi sokongan kepada skuad B-23 dan pada masa sama, saya akan duduk berbincang bersama Adib dan kita tunggulah keputusan rundingan itu nanti.

“Apapun, jika ada pasukan yang memberi tawaran lebih menarik untuk khidmatnya, saya tidak akan menghalang malah menggalakk­an menyertai pasukan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui pada aksi persahabat­an di sini, kelmarin.

Bekas pertahanan UiTM FC itu kini berada di China untuk membantu skuad negara mengharung­i aksi Kejohanan B-23 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018.

Sebelum ini, pemain berusia 22 tahun itu menjelaska­n dia hanya akan menyelesai­kan isu mengenai masa depannya bersama FELCRA FC selepas tamat kejohanan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia