Harian Metro

SARJANA KAUNSELING TUKANG PICIT

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizeei@hmetro.com.my

Walaupun memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengkhusus­an Bahasa dan Linguistik Melayu serta Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia (UPM), namun seorang wanita memilih untuk membuka spa di rumah yang menawarkan pelbagai jenis urutan termasuk urutan bersalin.

Radziah Hassan,32, mampu memperoleh pendapatan RM250 hingga RM300 dalam masa enam jam sehari dengan menjalanka­n perkhidmat­an urutan untuk golongan wanita itu.

Walaupun pernah bekerja di pejabat sebelum ini, namun Radziah memilih untuk menceburi bidang urutan kerana lebih selesa dengan bekerja sendiri termasuk mampu menjana pendapatan tinggi.

Katanya, kebolehan dimiliki dalam bidang urutan termasuk kelas urutan diikuti tidak boleh dipersiaka­n menyebabka­n dia memilih bidang itu walaupun mempunyai ijazah serta sarjana.

“Memang ramai yang pandang serong dengan saya kerana belajar tinggi, tapi tidak kerja di pejabat, namun saya tidak peduli itu semua kerana bagi saya apa yang penting adalah minat.

“Ijazah yang saya miliki adalah ilmu dalam diri yang perlu ada dalam setiap individu dan Sarjana Bimbingan dan Kaunseling dimiliki boleh juga saya praktikkan setiap kali mengurut pelanggan,” katanya yang ditemui di rumahnya di Ampang.

Radziah atau lebih mesra dengan panggilan Gee dalam kalangan pelanggann­ya berkata, dia lebih selesa bekerja sendiri daripada bekerja dengan majikan kerana mampu menguruska­n masa serta rumah tangga dengan lebih baik.

Dia yang berasal dari Kampung Bagus, Rantau Panjang, Kelantan berkata, ramai yang salah anggap jika seseorang itu tidak berpakaian baju kurung dan bekerja di pejabat kononnya pendapatan diperoleh sedikit serta kekurangan wang.

“Bagi saya bekerja sebagai tukang urut ini memanglah tidak mewah, namun bukannya miskin kerana tetap memperoleh pendapatan namun yang paling penting ada masa bersama keluarga.

“Buat masa ini saya tidak berniat untuk membuka kedai sendiri kerana lebih selesa mengurut pelanggan di rumah saya atau di rumah pelanggan sekiranya urut bersalin.

“Saya mengurut sambil beramal, sekiranya pelanggan ada masalah kewangan memang saya akan mengurangk­an bayaran dan pernah saya tidak ambil bayaran daripada pelanggan,” katanya.

 Wanita mampu raih RM300 sehari selesa bekerja sendiri

 ??  ??
 ??  ?? RADZIAH mengurut pelanggan di rumahnya.
RADZIAH mengurut pelanggan di rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia