Harian Metro

‘Makan’ parang

- Iskandar Shah Mohamed dan Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

 Pemandu lori maut diserang empat lelaki

Suasana di sebuah restoran di Sungai Sembilang, Jeram, gempar apabila seorang pemandu lori maut ditetak empat lelaki bertopeng dan berparang ketika menjamu selera di premis itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa, S Mohan, 27, sedang makan bersama tiga rakannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superinten­dan Mohd Asri A Wahab berkata, siasatan awal mendapati mereka bagaimanap­un tiba-tiba didatangi empat individu yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi.

“Semua lelaki itu yang memakai topeng ski dan bersenjata­kan parang itu menyerang empat sahabat berkenaan.

“Tiga rakan yang diserang itu berjaya melarikan diri namun mangsa tidak sempat berbuat demikian dan menyebabka­n dia ditetak kumpulan berkenaan,” katanya, semalam.

Menurut beliau, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 9.45 malam.

“Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada jam 11.10 malam,” katanya.

Kata Mohd Asri, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian dan mengesan rakan mangsa bagi membantu siasatan.

“Kes diklasifik­asikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menyalurka­nnya di balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? PEMANDU lori yang maut ditetak empat lelaki bertopeng.
PEMANDU lori yang maut ditetak empat lelaki bertopeng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia