Harian Metro

‘Saya tegas bukan panas baran, garang’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

 Bazli pertahan diri selepas Najdi luah perasaan di Instagram

“Saya bukan panas baran, garang dan main cakap lepas, tetapi tegas dalam bekerja,” tegas anggota kumpulan nasyid Unic, Bazli Hazwan Che Osman, 34, mengenai dakwaan Wan Najdi Wan Mohd Noh, 26, sehingga dia ingin keluar dari kumpulan itu.

Bazli berkata, tindakan Najdi meluahkan perasaan di laman Instagram tidak ubah seperti cara budak-budak sebaliknya perkara itu boleh dibawa berbincang.

“Kalau betul ada perkara yang tak puas hati, kenapa tidak mesej atau jumpa secara personal? Mungkin ada perkara yang dia tak puas hati, tetapi bukan dengan cara ini.

“Kenyataan dibuat Najdi saya tak boleh kata keterlalua­n sebab dia dalam keadaan ‘panas’. Namun, saya tetap nak pertahanka­n diri yang mana tak sepatutnya dia berkata saya sedemikian.

“Diakui saya seorang yang tegas dalam bekerja. Jadi, ini perkara biasa. Dalam masa sama, Najdi pula masih baru dalam bidang ini dan saya anggap ini proses pembelajar­an untuknya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Bazli, dari semalam sehingga hari ini Najdi belum menghantar sebarang mesej bagi

menjelaska­n perkara itu.

Malah kata Bazli, dia juga belum boleh memberi sebarang komen lanjut berhubung tindakan Najdi yang ingin keluar kumpulan.

“Dalam grup WhatsApp dia tak cakap apa-apa pun. Dia hanya diam. Malah, sesi ketika menjayakan promosi lagu Sedar di stesen radio Zayan pagi tadi pun dia tidak ada. Saya pula tak ada mesej dia secara peribadi.

“Mengenai keputusann­ya ingin tarik diri dan keluar kumpulan, saya tak boleh nak komen lebih. Sebabnya baru dua hari dan keadaan masih ‘panas’. Kita bagi dia sejuk dulu. Lagi pula, masalah boleh dibawa berbincang,” katanya.

 ??  ?? BAZLI enggan komen keputusan Nadji (gambar kecil) keluar Unic.
BAZLI enggan komen keputusan Nadji (gambar kecil) keluar Unic.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia