Harian Metro

6 pelawak popular berentap di BBB 2018

-

Kuala Lumpur: Seramai enam pelawak popular dipilih menyertai program realiti lawak Bintang Bersama Bintang 2018 (BBB 2018) yang bakal disiarkan di TV3 bermula 14 Januari ini.

Membawakan medan peperangan lawak era baru, BBB 2018 dibarisi Abam, Ajak, Issey, Mark Adam, Achey dan Shuk.

Pengurus Besar, Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Zurina Othman berkata, sebagai stesen penyiaran nombor satu di Malaysia, TV3 sentiasa komited dan menawarkan pelbagai variasi program hiburan menarik untuk penonton.

“BBB 2018 bakal menceriaka­n malam hujung minggu anda menerusi sketsa mencuit hati dengan kehadiran pelawak-pelawak terkenal.

“Program ini menampilka­n pentas mingguan di mana setiap peserta harus mempersemb­ahkan sketsa dan punchline selama 4 minit 30 saat serta lagu berdurasi 2 minit 30 saat yang diolah menjadi lawak mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing,”katanya.

Zurina berkata, BBB 2018 turut memberi peluang kepada setiap pelawak untuk membawa seorang selebriti jemputan untuk mengambil bahagian setiap minggu.

“Lebih menarik, tiada penyingkir­an akan dilakukan setiap minggu namun pemenang mingguan akan mendapat hadiah wang tunai RM10,000,”katanya.

BBB 2018 bakal bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam setiap Ahad, jam 10 malam bermula 14 Januari ini.

Sistem permarkaha­n dibahagika­n kepada dua bahagian iaitu 70 peratus daripada panel juri dan 30 peratus daripada undian dalam talian. Juara BBB 2018 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Juri tetap setiap minggu akan menyaksika­n pelawak Saiful Apek bersama seorang juri jemputan.

Program yang bersiaran selama tujuh episod ini menampilka­n AG sebagai pengacara tetap.

 ?? FOTO: ROHANIS SHUKRI ?? BARISAN pelawak BBB 2018 (dari kiri) Issey, Ajak, Achey, Abam, Shuk dan Mark Adam.
FOTO: ROHANIS SHUKRI BARISAN pelawak BBB 2018 (dari kiri) Issey, Ajak, Achey, Abam, Shuk dan Mark Adam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia