Harian Metro

3 tak mengaku tipu RM62,034

-

Ipoh: Dua warga Nigeria dan seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam kerana memperdaya seorang lelaki bagi menyerahka­n wang RM62,034 untuk bungkusan yang tidak wujud pada Disember lalu.

Anayo Apakabi, 28, Eze Chimezie Kingsley, 30, dan Mazni Marzuki, 46, didakwa mengikut Seksyen 420, Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34, kanun sama.

Jika disabitkan kesalahan ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan juga denda.

Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di alamat No 13, Jalan 4, Hiusing Trust, di sini jam 12.16 tengah hari pada 11 Disember 2017 dan jam 11.41 pagi pada 13 Disember 2017.

Mereka didakwa memperdaya Law Ah Fook yang beralamat di Taman Perpaduan Ria Bercham, di sini dengan bungkusan kononnya peralatan untuk stesen minyak yang sebenarnya tidak wujud.

Ketiga-tiga

tertuduh memperdaya mangsa bagi mendorongn­ya menyerahka­n wang RM62,034 yang mangsa tidak akan memyerahka­n wang itu jika tidak diperdaya.

Apakabi dan Kingsley diwakili peguam Miza Hiryani Zakaria, manakala Mazni diwakili Matthews Jude bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan minta dibicaraka­n.

Dua warga Nigeria yang juga pelajar kolej swasta itu turut didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) kerana tamat tempoh pas pelajar di mana Apakabi tamat pada 3 Jun 2017 manakala Kingsley pada 20 Mei 2016.

Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi tidak membenarka­n dua warga asing itu dijamin, manakala mengenakan jaminan RM4,000 terhadap Mazni dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan 12 Februari depan.

 ??  ?? APAKABI (dua kiri belakang), Kingsley, (kanan belakang) dan Mazni (hadapan) selepas didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh.
APAKABI (dua kiri belakang), Kingsley, (kanan belakang) dan Mazni (hadapan) selepas didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia