Harian Metro

‘Tidur’ ke lorong sebelah Dirempuh gagal letak tanda amaran

-

Bukit Mertajam: Tindakan seorang pekerja Projek Penyelengg­araan Lebuh Raya Berhad (PROPEL) yang memberhent­ikan kenderaan tanpa meletak tanda amaran mengundang padah apabila dia maut selepas dirempuh lori di Kilometer 14.6, Lebuhraya Butterwort­h-Kulim (BKE) arah Seberang Jaya di sini, tengah hari semalam.

Kejadian jam 12 tengah hari itu menyebabka­n mangsa Mohd Arif Ghazali, 27, meninggal dunia di lokasi kejadian kerana parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa memberhent­ikan

 Jurumesin antara 3 maut nahas pacuan empat roda, lori

kenderaann­ya untuk membuat penyelengg­araan tanpa meletakkan bendera atau tanda amaran.

Beliau berkata, melihatkan keadaan itu, seorang pemandu kereta yang berada di belakang memberhent­ikan kenderaan secara mengejut untuk mengelak merempuh mangsa.

“Bagaimanap­un, sebuah lori dipandu seorang lelaki yang berada di laluan sama tidak sempat mengelak kereta di hadapannya itu.

“Lori terbabit merempuh kereta di hadapan sebelum terbabas dan merempuh pula mangsa di kanan jalan,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, polis mengambil keterangan pemandu lori terbabit dan beberapa saksi mendakwa mangsa tidak meletakkan sebarang tanda ketika memberhent­ikan kenderaan untuk melakukan kerja penyelengg­araan itu.

 ??  ?? KEADAAN pacuan empat roda dan lori yang terbabit nahas di Jalan Lipis-Benta, semalam.
KEADAAN pacuan empat roda dan lori yang terbabit nahas di Jalan Lipis-Benta, semalam.
 ??  ?? LORI yang terbalik selepas terbabit nahas yang meragut nyawa Mohd Arif (gambar bulat).
LORI yang terbalik selepas terbabit nahas yang meragut nyawa Mohd Arif (gambar bulat).
 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mayat Kamaruddin.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mayat Kamaruddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia