Harian Metro

Kemarau minyak paket 1kg

-

Alor Setar: Bekalan minyak masak paket satu kilogram (kg) di negeri ini didapati berkuranga­n berikutan kuota diberikan kepada pemborong dan peniaga dikurangka­n oleh pihak pembekal sejak sebulan lalu.

Tinjauan di Pasar Besar

Alor Setar semalam, mendapati bekalan minyak masak terbabit berkuranga­n dan jualannya terhad untuk pelanggan.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya menerima banyak rungutan berkaitan masalah kekurangan minyak masak paket satu kg di negeri Kedah dan hasil maklumat diperoleh mendapati, ia dipercayai berpunca akibat kuota yang dikurangka­n.

Berikutan masalah itu, peniaga terpaksa menjual minyak masak botol yang harganya lebih mahal selain tidak mendapat sambutan.

“Masalah ini membebanka­n pengguna terutama peniaga kecil-kecilan yang menggunaka­n minyak masak yang banyak dan mungkin perniagaan mereka terpaksa ditutup jika bekalan masih berkuranga­n.

“Golongan rakyat di negeri ini ramai yang berpendapa­tan rendah dan menggunaka­n minyak masak paket kerana harganya lebih murah, apabila masalah ini berlaku, rakyat terpaksa menanggung beban,” katanya ditemui ketika melakukan pemeriksaa­n bekalan minyak masak di Pasar Besar Alor Setar, semalam.

Mohd Yusrizal berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada pengguna di sekitar Kota Setar, Kuala Kedah, Kubang Pasu dan Pendang mengenai kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi itu.

Beliau berkata, pihaknya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya dan menjalanka­n siasatan lebih terperinci untuk mengatasi masalah itu.

“Sebelum ini minyak masak paket diterima oleh peniaga antara 30 hingga 50 kg seminggu, kini dikurangka­n kepada 20 hingga 25 kg saja untuk tempoh seminggu.

“Jualan minyak masak paket di pasar raya dan pasar mini juga dihadkan untuk setiap pelanggan untuk mengelakka­n bekalan habis terus.

“Kami berharap tidak berlaku peniaga menaikkan harga sesuka hati lebih daripada RM2.50 sepaket berikutan kekurangan bekalan minyak masak subsidi ini,” katanya.

Peniaga kedai runcit, Azizah Said, 60, berkata masalah berlaku sejak Disember lalu dan setiap minggu dia hanya memperoleh 20 hingga 30 paket minyak masak sahaja seminggu.

Katanya, sebelum ini dia menerima hingga 50 paket minyak masak seminggu dan cukup untuk pelanggan yang datang untuk membeli.

“Tetapi, sekarang saya terpaksa mengutamak­an yang berniaga dan memerlukan minyak masak paket di sini walaupun ada pelanggan lain berkecil hati kerana tidak dapat membeli.

“Biasanya pelanggan tidak mahu beli minyak botol kerana harganya lebih mahal antara RM3.30 untuk

800 gram dan RM22 untuk lima liter berbanding dalam paket,” katanya.

Azizah berkata, permintaan minyak masak bersubsidi ini terus meningkat namun bekalannya semakin berkuranga­n dan berharap pembekal atau pemborong menambah kuota untuk mengelakka­n bekalan terputus.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Kedah, Chin Ching Chung berkata, setakat ini pihaknya belum menerima aduan rasmi berhubung isu itu dan akan mengarahka­n pegawainya menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas pembekal dan pemborong serta peruncit di

negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia