Harian Metro

‘Kami sentiasa bersama Cikgu Idzahril’

-

Nibong Tebal: “Kita akan sentiasa bersama beliau bagi memastikan perjuangan guru mendidik murid diteruskan walau dalam apa keadaan sekalipun,” kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda, semalam.

Beliau yang ditemui ketika menghadiri prosiding kes seorang guru Noor Idzahril Ahmad, 52, yang didakwa memukul anak muridnya berkata, kes itu dianggap cabaran buat golongan guru menghadapi era pendidikan moden untuk abad ke-21.

“Ini adalah satu cabaran kecil terpaksa diharungi guru,” katanya ketika ditemui bersama lebih 100 penyokong Noor Idzahril yang berkumpul di pekarangan mahkamah sebagai tanda solidariti kepada guru terbabit.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Jawi di sini, semalam menetapkan 19 Februari depan sebagai tarikh sebutan akhir kes Noor Idzahril yang didakwa memukul anak muridnya, Ogos tahun lalu.

Majistret Hizween Azleena Othman Kamal menetapkan tarikh itu selepas pendakwaan gagal mengemukak­an laporan perubatan yang sepatutnya diserahkan, semalam.

Peguam tertuduh, Mohd Fadhly Yaacob berkata, pihaknya memohon kes dibuang berikutan pendakwaan gagal menyerahka­n laporan perubatan murid terbabit sehingga kini.

Beliau berkata, pembelaan berpendapa­t pertuduhan itu masih di peringkat pra matang dan terlalu awal untuk anak guamnya dihadapkan ke mahkamah.

“Laporan perubatan untuk kes ini masih lagi tidak diberikan walaupun sudah masuk kali ketiga sebutan semula kes,” katanya.

 ??  ?? NOOR Idzahril (tengah) disambut orang ramai ketika keluar dari Mahkamah Majistret Jawi, semalam.
NOOR Idzahril (tengah) disambut orang ramai ketika keluar dari Mahkamah Majistret Jawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia