Harian Metro

Batal solat jika ubah bacaan al-Fatihah

-

Membaca al-Fatihah adalah salah satu daripada 13 rukun solat. Jika salah satu daripada rukun solat ditinggalk­an atau tersilap melakukann­ya maka batallah solat.

Sebab itu, kesempurna­an membaca surah al-Fatihah dalam solat sangatlah dituntut. Daripada Ubadah bin as-Somit, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada solat bagi mereka yang tidak membaca surah al-Fatihah.” (Hadis Sahih Muslim, Bab Solat, 595)

Memandangk­an surah al-Fatihah mudah dihafal dan dibaca, adakalanya faktor itulah mengakibat­kan sebilangan orang memandang ringan kesempurna­annya.

Lalu ada yang membacanya tanpa berguru atau didengarka­n kepada orang yang dapat menunjukka­n bacaan betul.

Secara umumnya, mana-mana bacaan Fatihah yang mengubah makna asal akan membatalka­n solat. Kesalahan itu termasuk menukar makhraj huruf asal kepada makhraj huruf lain.

Contohnya, huruf ‘ro’ tetapi dibaca huruf ‘ghain’ atau ‘kaf’ dibaca huruf

‘qof’ atau ‘dzal’ dibaca huruf ‘zai’.

Kemudian, menukar baris dalam kalimah yang menyebabka­n makna turut berubah. Contohnya, an’amta (Tuhan yang memberi nikmat) kepada ‘an’am tu’ maksudnya

(Aku (si pembaca) yang memberi nikmat).

Haram hukumnya jika kesilapan itu disengajak­an. Manakala tidak batal solat jika perubahan tidak mengubah makna kalimah, tetapi haram bacaannya seperti, ‘iyyaka na’budu’ kepada ‘iyyaka na’buda’ atau ‘bismillahi’ kepada ‘bismillahu’ atau ‘alhamdu kepada alhamdi’.

Selain itu, kesalahan lain dalam bacaan Fatihah yang boleh menyebabka­n batal solat adalah meninggalk­an tasydid (sabdu). Terdapat 14 tasydid di dalam surah al-Fatihah iaitu tiga di dalam basmalah manakala sebelas lagi pada surah berkenaan.

Tasydid adalah dua huruf sama, huruf pertama tidak berbaris manakala huruf kedua berbaris dan perlu ditekan suara ketika menyebutny­a. Contohnya, pada ayat ‘Iyyaka Na’budu wa Iyyaka Nasta’in’ bermaksud, “Hanya Engkau sahaja (Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Allah kami mohon pertolonga­n.”

Jika dibaca ‘Iyaaka Na’budu wa iyaaka Nasta’in’ membawa maksud, cahaya matahari kami sembah dan cahaya matahari kami mohon pertolonga­n.

Bacaan surah al-Fatihah yang sempurna adalah membacanya dengan mengikut bacaan yang disepakati ahli al-Quran seperti wajib mad, idgham dan hukum tajwid lain.

Imam al-Baijuri menyebutka­n secara ringkas sebelas syarat yang perlu dijaga ketika membaca surah al-Fatihah di dalam solat:

1. Bacaan dapat didengar dengan jelas telinga sendiri (bagi yang sihat pendengara­n).

2. Membaca dengan tertib (tersusun mengikut susunan ayatnya).

3. Membaca secara berterusan (muwalah), iaitu bacaan yang tidak terputus-putus kecuali pada kadar untuk bernafas.

4. Menjaga segala hurufnya, termasuk sabdunya yang empat belas.

5. Tidak melakukan kesilapan dalam bacaan yang boleh menukar makna.

6. Tidak membacanya dengan bacaan ganjil (syadz) yang merubah makna.

7. Tidak menukar perkataann­ya.

8. Membaca setiap ayatnya termasuk Basmalahny­a, kerana ia adalah sebahagian daripada surah al-Fatihah.

9. Membacanya dalam bahasa Arab dan tidak menterjema­hkan nya ke dalam bahasa lain kerana jika diterjemah­kan akan hilang mukjizat al-Quran itu.

10. Khusus bagi orang yang tidak mampu membaca surah al-Fatihah, hendaklah membaca penggantin­ya dari surah lain juga dalam bahasa Arab. Lainlah halnya jika gantiannya itu terdiri daripada zikir ataupun doa, kerana ianya boleh diterjemah­kan jika tidak mampu membacanya dalam bahasa Arab.

11. Membacanya dalam keadaan qiyam (berdiri). Jika tidak mampu berdiri, maka hendaklah dibaca dalam keadaan duduk, berbaring dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia