Harian Metro

Ruang diri untuk berehat

- DARI MUKA R21

Selain itu, Azrel juga meneliti beberapa hal lain antaranya syarikat produksi, pengarah, jalan cerita dan pelakon lain yang terbabit.

Menyusun sendiri jadualnya tanpa pengurus sejak empat tahun lalu menjadikan Azrel matang dan arif dalam menguruska­n jadual.

Selepas tempoh itu, dia memilih menjadikan jadualnya tidak terlalu sesak dengan kerja, sebaliknya memberikan ruang untuk dirinya berehat.

“Sebagai pelakon, kesihatan perkara utama kerana kebanyakan set penggambar­an adalah di luar (outdoor).

“Rehat secukupnya sangat penting bagi memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik. Apabila sihat, kita mampu memberikan lakonan terbaik,” katanya.

Menurutnya, pada awal kemunculan­nya, dia terlalu bekerja keras sehingga mengabaika­n kesihatan.

“Awal-awal dulu, seperti yang dikongsika­n, saya terima apa saja tawaran dan kerana itu, jadual jadi sangat padat sehingga tiada masa untuk berehat.

“Kini saya masih bekerja keras seperti biasa, namun dalam seminggu tetapkan satu atau dua hari sebagai hari berehat,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan menggunaka­n khidmat pengurus bagi menguruska­n kerjayanya selepas ini, Azrel berkata, buat masa ini dia selesa menguruska­n sendiri.

“Untuk masa depan, saya tak pasti. Mungkin saya akan ambil pengurus sekiranya ada kerja berkaitan duta produk dan sebagainya,” katanya.

Tahun 2018 akan menyaksika­n jadualnya padat dengan kerja lakonan.

Namun, Azrel tidak pernah meletakkan sebarang sasaran, sebaliknya melakukan kerjanya seperti biasa mengikut rancangan.

“Rancangan dan sasaran adalah sesuatu yang berbeza. Saya lebih kepada merancang dan tidak menyasarka­n apaapa. Kalau tak menjadi, saya akan bawa ke tahun seterusnya.

“Terbaru, saya sedang menjalani penggambar­an drama bersiri berjudul Dia Pengantink­u sebanyak 26 episod. Antara pelakon lain yang terbabit adalah Saharul Ridzwan dan Mawar Rashid.

“Mulai 1 Februari pula, saya akan mula menjalani penggambar­an drama bersiri Cik Sempurna untuk slot Dahlia TV3,” katanya.

Selain itu, dia juga menantikan kehadiran beberapa drama lakonannya yang sudah siap menjalani penggambar­an tahun lalu.

“Antara drama lakonan saya yang akan ditayangka­n tahun ini ialah Cinta Koko Coklat sebanyak 50 episod di TV3.

“Selain itu, satu lagi drama lakonan saya ialah La Luna yang penggambar­annya dijalankan di BosniaHerz­egovina tahun lalu. Drama 13 episod itu akan ditayangka­n di TV1,” katanya. -Syafil Syazwan Jefri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia