Harian Metro

Serasi keperluan kulit orang kita

-

Penampilan menarik menerusi kulit yang cantik menjadi idaman setiap wanita dan golongan ini pasti sanggup melakukan apa saja bagi memastikan kulit sempurna menjadi miliknya.

Sudah pasti, rutin kecantikan bermula dari bangun tidur hingga mereka melelapkan mata semula untuk memastikan kulit tampil segar sebaik bermula hari baru.

Meskipun semakin banyak jenama produk penjagaan wajah diperkenal saban hari, pengguna sering menghadapi kesulitan dalam pemilihan produk wajah yang bersesuaia­n dan berkualiti.

Mahu memberi penyelesai­an kepada masalah itu, syarikat produk kecantikan tempatan, Bimyou Creations Sdn

Bhd bekerjasam­a dengan syarikat YGP Co Ltd dari Korea Selatan untuk memperkena­lkan produk S2J Cosmetics.

Produk itu diasaskan oleh jurusolek profesiona­l era ‘Hallyu’ (gelombang Korea) pertama Korea Selatan, Seo Sujin yang diformulas­i agar bersesu- aian dengan jenis kulit dan iklim di Malaysia, dihasilkan di kilang tempatan berstatus halal serta diiktiraf Amalan Pengilanga­n Baik (GMP).

Pengarah Urusan Bimyou Creations Sdn Bhd Nur Zaty Liyana Indra Gunawan berkata, produk itu dibawa masuk bagi mengatasi masalah wanita yang berdepan kesulitan dalam pemilihan produk wajah yang bersesuaia­n dan berkualiti.

Meskipun meminati produk kecantikan Korea Selatan tetapi dia mendapati kebanyakan produk di sana tidak begitu serasi dengan kulit kita.

“Formula yang digunakan adalah bagi memenuhi keperluan jenis kulit mereka dan iklim di sana yang mempunyai empat musim. Kita tahu produk kecantikan di negara itu dihasilkan dengan menggunaka­n formula yang berasaskan teknologi supaya ia memberi kesan yang lebih efektif pada kulit wajah,” katanya.

S2J White Fleur ini adalah produk pencerahan kulit yang mampu menyihatka­n kulit agar tampak lebih muda diformulas­i dengan tujuh agen pencerahan diekstrak daripada tumbuhtumb­uhan dan kebanyakan­nya adalah bungaan berwarna putih.

White Fleur menawarkan empat produk merangkumi langkah asas penjagaan wajah seperti orang Korea iaitu minyak pembersih, gel pembersih, esen penyegar dan krim pelembap.

 ?? FOTO ?? NUR Zaty (kanan) bersama Sujin pada pelancaran S2J
Cosmetics.
FOTO NUR Zaty (kanan) bersama Sujin pada pelancaran S2J Cosmetics.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia