Harian Metro

Pangkalan data senarai penjenayah

-

Kuala Lumpur: Bagi mendepani masalah jenayah yang semakin kompleks dan ancaman keganasan, satu pangkalan data senarai penjenayah yang terbabit dalam pelbagai kesalahan perlu diperkenal­kan supaya kegiatan pemantauan dapat dilakukan secara maksimum.

Pangkalan data itu berperanan bukan saja maklumat kesalahan jenayah, sebaliknya sejarah latar belakang serta kesalahan lain membabitka­n agensi penguatkua­saan selain Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Itu cadangan Felo Institut Pertahanan dan Keselamata­n Malaysia (MIDAS) Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek yang melihat sistem pangkalan data bersepadu itu perlu dibangunka­n supaya pemantauan dilaksanak­an dengan lebih berkesan.

“Saya tidak nafikan bahawa kini memang ada pangkalan data senarai penjenayah yang disimpan oleh PDRM, namun ia tidak menyeluruh dan tertumpu kepada kesalahan membabitka­n jenayah saja.

“Sudah sampai masanya kita perlukan satu sistem data yang menyenarai­kan pelbagai kesalahan seperti jenayah kolar putih dan pangkalan data ini diselia oleh satu suruhanjay­a khas,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Hasil daripada pangkalan data itu, Abdul Halim yang juga Profesor Undang-Undang di Fakulti Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berkata, kajian terperinci boleh dilaksanak­an untuk mengetahui sesuatu jenayah termasuk bagaimana faktor persekitar­an mempengaru­hi salah laku terbabit.

“Ini penting kerana apabila kita mengetahui trend berkenaan, lebih mudah kepada PDRM untuk melaksanak­an pemantauan, sekali gus pencegahan jenayah.

“Selain jenayah, kita juga boleh menggunaka­n pangkalan data ini untuk mendepani ancaman keganasan yang sudah bersifat global dan bukan lagi terjadi di kawasan bergolak saja,” katanya.

 ??  ?? DR Abdul Halim
DR Abdul Halim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia