Harian Metro

Bertopeng 8 pagi

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

 Dua penjenayah aktif lakukan samun jalanan dicekup polis

Kegiatan haram dua penjenayah termasuk yang memakai topeng penutup mulut dipercayai untuk melakukan samun jalanan berakhir apabila mereka dicekup polis di sekitar Bandar Bukit Tinggi, di sini. Kedua-dua lelaki berusia 37 dan 39 tahun itu ditahan selang 17 jam sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penahanan pertama dilakukan unit kereta peronda polis (MPV) yang ternampak seorang suspek dalam keadaan mencurigak­an dengan bertopeng penutup mulut, kira-kira jam 8 pagi.

“Suspek ketika itu berjalan di kaki lima deretan kedai dan bertindak melarikan diri apabila diminta berhenti untuk menjalanka­n pemeriksaa­n lanjut.

“Bagaimanap­un, dia berjaya ditahan dan pemeriksaa­n menemui pelbagai barangan seperti pisau lipat, mata gergaji kecil dan mangga kunci,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, ia kemudian membawa kepada penahanan seorang lagi suspek yang sedang memandu kereta Perodua Alza di sekitar kawasan sama, jam 1 pagi kelmarin.

“Hasil pemeriksaa­n antaranya menemui sarung tangan dan telefon bimbit, manakala kereta itu dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kata Amar, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut termasuk sama ada mereka daripada kumpulan sama.

“Mereka direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? BARANGAN yang dirampas daripada suspek.
BARANGAN yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia