Harian Metro

Bunuh hantuk siling

 Budak lima tahun mati didera selepas dihukum kejam bapa, ibu tiri

-

Sepasang suami isteri didakwa di mahkamah kerana membunuh anak perempuan mereka yang berusia lima tahun akibat didera dengan kejam termasuk dilambung sehingga kepalanya terhantuk siling selain mencucuk dadanya menggunaka­n gunting.

Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri pada Sabtu lalu selepas mengadu tidak sihat dan disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu.

Menurut doktor, badan mangsa dipenuhi kesan lebam dengan beberapa luka dipercayai sudah lama dan dijangkiti kuman.

Bapa mangsa, pekerja pengangkut­an berusia 26 tahun, serta ibu tirinya, suri rumah berumur 27 tahun, ditahan sejak Sabtu lalu sebelum didakwa, semalam.

Dalam prosiding semalam, Pegawai Pendakwa Wai Mei-nga turut membacakan kenyataan daripada dua beradik mangsa - abang kandungnya berusia lapan tahun dan anak perempuan pasangan itu berusia tujuh tahun yang mendedahka­n butiran penderaan terhadap mereka.

“Adik-beradik mangsa mengakui pasangan itu melambungn­ya beberapa kali sehingga kepalanya terhantuk siling. Mereka turut mengayun mangsa dengan memegang kedua-dua tangannya.

“Abangnya turut didera hampir setiap hari. Kaki dan tangan mereka semua dipukul dengan rotan sementara muka ditampar menggunaka­n selipar. Dada mereka juga dicucuk gunting,” kata Wai.

Mahkamah turut diberitahu semua kanak-kanak terbabit tidak diberikan makan atau rehat yang mencukupi.

“Ketika sambutan Krismas dan tahun baru lalu mereka hanya diberikan sedikit makanan pada waktu malam dan dipaksa tidur di atas lantai di ruang tamu tanpa selimut tebal,” katanya.

Pasangan terbabit cuma tunduk sepanjang prosiding.

Mahkamah menetapkan 6 Mac depan untuk sebutan semula. Pasangan berkenaan tidak dibenarkan jaminan.

 ??  ?? BAPA mangsa diiring dari mahkamah, semalam. - Agensi
BAPA mangsa diiring dari mahkamah, semalam. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia