Harian Metro

MISI BESAR ZIYAD

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Laung azam untuk layak bertanding di Sukan Komanwel

Selepas melakar sejarah muncul sebagai atlet paralimpik pertama menyertai Sukan SEA dan meraih pingat gangsa yang berlangsun­g di Kuala Lumpur pada Ogos lalu, Muhammad Ziyad Zolkefli tampil melaungkan keazaman untuk cuba layak bertanding di temasya Sukan Komanwel di Gold Coast, April ini.

Jelas pemegang rekod dunia acara lontar peluru kategori F20 (masalah pembelajar­an) itu, ketiadaan kategoriny­a dipertandi­ngkan pada Sukan Para Komanwel nanti menyaksika­n dia tiada jalan lain dengan perlu bersaing bersama atlet normal lain sekiranya mahu merasai bahang saingan sukan kedua terbesar dunia itu.

Katanya, bagi memastikan misi untuk layak menjadi kenyataan, dia terlebih dulu harus melepasi syarat kelayakan dengan mencatat lontaran 18 meter (m) ke atas berbanding rekod peribadi terbaiknya 17.29m.

“Saya memang nak bertanding dalam Sukan Para Komanwel tetapi tak boleh sebab kategori saya tidak dipertandi­ngkan kali ini.

“Namun saya masih ada peluang dengan cara bertanding bersama atlet normal dalam acara lontar peluru seperti saya lakukan ketika menyertai Sukan SEA bulan Ogos lalu.

“Perkara pertama sedang saya usahakan sekarang ialah untuk cuba membuat lontaran 18 meter dengan menjadikan Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai Mac nanti sebagai medan ujian.

“Insya Allah, kalau ada rezeki takkan ke mana dan saya akan cuba sebaik mungkin. Tapi kalau tak lepas, tumpuan seterusnya kepada persediaan Sukan Para Asia di Indonesia serta kejohanan lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sepanjang tahun lalu, pencapaian Ziyad amat mengagumka­n apabila dia berjaya memenangi pingat emas dan memecahkan rekod dunia miliknya di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Pada kejohanan itu, Ziyad melakukan lontaran sejauh 17.29m, mengatasi rekod lama 16.48m yang dilakukann­ya di Sukan Olimpik Rio 2016.

Kecemerlan­gannya diteruskan di saingan Sukan SEA Kuala Lumpur apabila atlet berusia 28 tahun itu meraih pingat gangsa yang menyaksika­n dia tewas kepada dua atlet normal Thailand dengan catatan 17.12m.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Ziyad ketika beraksi dalam acara melontar peluru kategori F20 pada Sukan Para Asean KL2017 lalu.
MUHAMMAD Ziyad ketika beraksi dalam acara melontar peluru kategori F20 pada Sukan Para Asean KL2017 lalu.
 ??  ?? MUHAMMAD Ziyad (kiri) dan Aliff Mohamad Awi bergambar bersama penyokong termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
MUHAMMAD Ziyad (kiri) dan Aliff Mohamad Awi bergambar bersama penyokong termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia