Harian Metro

Abu Bakar resah kecederaan Shahrel belum pulih

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Walaupun lega dengan keputusan Shahrel Fikri Md Fauzi

kekal bersama PKNP FC, terselit juga keresahan di hati jurulatih, Abu Bakar Fadzim ekoran kecederaan berpanjang­an yang dialami pemainnya itu.

Shahrel yang mengalami kecederaan pangkal paha kiri ketika menyertai latihan bersama skuad kebangsaan pada Oktober lalu belum pulih sepenuhnya dan akan menjalani rawatan di Institut Sukan Negara (ISN).

Malah, Abu Bakar menjangkak­an, Penyerang Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017 itu bakal terlepas beberapa perlawanan awal Liga Super musim ini yang akan membuka tirai pada 3 Februari ini.

“Sudah empat bulan dia mengalami kecederaan itu namun belum pulih. Keadaan ini sudah pasti agak membimbang­kan kerana

Shahrel adalah pemain harapan kami.

(gambar)

“Keputusann­ya untuk kekal bersama PKNP adalah satu kelegaan tapi jika terus dibelenggu kecederaan sudah pasti menggugat prestasiny­a sekali gus menjejaska­n saingan kami.

“Keputusan positif awal musim sangat penting bagi PKNP yang pertama kali beraksi dalam Liga Super. Kami memerlukan pemain seperti Shahrel, tapi dengan keadaan sekarang, saya jangka dia akan terlepas empat atau lima perlawanan,” katanya.

Jurulatih itu berkata, beliau sudah mengarahka­n Shahrel mendapatka­n rawatan lanjut serta pemulihan di ISN yang dijangka mengambil masa tiga minggu.

Pada masa sama, Abu Bakar turut menyediaka­n pelan B dengan merancang mengambil seorang lagi penyerang import bagi digandingk­an bersama Yeon Gi Sung dari Korea Selatan dan pemain kebangsaan Kemboja, Keo Sokpheng.

“Sepanjang ketiadaan Shahrel kelak, saya merancang untuk menggunaka­n tiga import menerajui serangan kami. Bila Shahrel pulih nanti, ia bukan masalah besar kerana dia boleh bermain di pelbagai posisi,” katanya.

Abu Bakar juga sedang menguji pemain import bagi mengemudi benteng pertahanan bersama pemain Latvia, Ritus Krjauklis.

 ??  ??
 ??  ?? ABU Bakar
ABU Bakar
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia