Harian Metro

Juzaili tak menyesal

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Bekas pemain kebangsaan, Juzaili Sameon tidak terkilan apabila mengambil keputusan bersara sekali gus meninggalk­an sukan itu sejak memulakan kerjaya pada 1999.

Juzaili yang juga bekas kapten Sime Darby FC musim lalu, menganggap keputusan itu pilihan tepat bagi memberi tumpuan terhadap bidang kejurulati­han.

Tawaran sebagai penolong jurulatih Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC yang kali pertama menyertai Liga Perdana musim ini mendorongn­ya membuat keputusan itu.

Juzaili berkata, hampir 20 tahun bermain termasuk mewakili kelab bola sepak Perancis, FCSR Haguenau selama dua musim pada 1991 dan 2000 mematangka­nnya termasuk menyertai beberapa pasukan terbaik di negara ini.

Katanya, semuanya sudah dipersemba­hkan dengan jayanya termasuk menyarung jersi Harimau Malaya.

“Sepanjang hampir 20 tahun dalam bola sepak, saya puas hati dan berharap dapat memberikan yang terbaik dalam bidang kejurulati­han pula,” kata bekas pemain yang kini berusia 37 tahun itu.

Ditanya sama ada keputusan itu dibuat berikutan tindakan Sime Darby FC yang menarik diri, Juzaili mengaku ia antara faktor mendorongn­ya berbuat demikian.

“Jika Sime Darby masih lagi beraksi musim ini saya mungkin bermain tetapi sebaliknya berlaku apabila pengurusan kelab membuat keputusan menarik diri,” katanya.

Mengikut rekod, Juzaili, pemain kelahiran FELDA Lurah Bilut, Pahang pernah menyarung jersi skuad negara dari 2001 hingga 2008. Dalam saingan Liga Malaysia pula, pemain pertahanan itu pernah mewakili Pahang dari 2001–2006, UPB-MYTeam (2006–2009), FELDA United FC (2010–2012) dan Sime Darby FC (2013–2017).

 ??  ?? JUZAILI (kiri) terima tawaran sebagai penolong
jurulatih UKM FC.
JUZAILI (kiri) terima tawaran sebagai penolong jurulatih UKM FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia