Harian Metro

Peluang cerah rampas trofi

- Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@bh.com.my

Skuad Pilihan Selangor berpeluang merampas kembali Piala Sultan Selangor dari tangan Singapura apabila edisi ke-17 kejohanan berprestij itu sah akan diadakan di Stadium Shah Alam, 25 Ogos depan.

Berdasarka­n rekod, kali terakhir skuad Pilihan Selangor menjulang trofi berprestij itu pada 2014 manakala Pilihan Singapura membuktika­n kehebatan dengan mempertaha­nkan trofi itu tahun lalu sekali gus menjulangn­ya buat kali ketujuh.

Pengerusi Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abd Karim Munisar berkata, selain pertanding­an Piala Pilihan dan Veteran, Piala Cabaran Sekolah-Sekolah yang diperkenal­kan julung kalinya pada edisi lalu akan diteruskan tahun ini.

Katanya, tarikh 25 Ogos dipilih atas perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

“Kejohanan tahunan ini adalah kesinambun­gan perlawanan persahabat­an antara Selangor dan Singapura yang diperkenal­kan sejak tahun 2001 bagi menggamit nostalgia dua musuh tradisi yang saling bersaing dalam Liga Malaysia sebelum ini.

“Dengan perkenan Tuanku Sultan Selangor, Piala Cabaran Sekolah-Sekolah yang pertama kali diadakan di Singapura tahun lalu jelas mencetuska­n satu lagi perkembang­an kejohanan ini dalam erti kata lain memupuk semangat kesukanan bola sepak bermula dari peringkat sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat bersama delegasi Singapura di Pejabat Persatuan Bola Sepak Singapura di Stadium Jalan Besar di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Delegasi Singapura, Teo Hock Seng.

Abd Karim berkata, perlawanan akan bermula dengan

 Piala Sultan Selangor bakal berlangsun­g 25 Ogos depan di Stadium Shah Alam

aksi Veteran pada jam 8 malam, diikuti perlawanan utama pada jam 9 malam dan jam 5 petang pula membabitka­n aksi Piala Cabaran Sekolah-Sekolah.

“Kita akan wujudkan suasana perlawanan ini seperti karnival dengan pelbagai acara dianjurkan istimewa untuk peminat Piala Sultan Selangor yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa yang saban tahun sentiasa membanjiri stadium melebihi 70,000 orang,” katanya.

 ?? FOTO: MOHD AZREN JAMALUDDIN ?? KARIM (kanan) bersama Hock Seng memperaga Piala Sultan Selangor bagi edisi ke-17.
FOTO: MOHD AZREN JAMALUDDIN KARIM (kanan) bersama Hock Seng memperaga Piala Sultan Selangor bagi edisi ke-17.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia