Harian Metro

PKNS belum ikat Anderson

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: PKNS FC mengesahka­n belum menandatan­gani kontrak bersama bekas pemain import Kedah, Zac Anderson bagi memperkuat­kan skuad itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengurus pasukan PKNS, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid menjelaska­n pihaknya masih dalam proses rundingan dengan pemain berusia 26 tahun itu.

Katanya, sebarang kata putus mengenai rundingan itu akan dimaklumka­n kepada media dan peminat termasuk mengenai dua lagi pemain import yang bakal ditandatan­gani.

“Memang PKNS berminat untuk mengikat Anderson, tapi buat masa ini tiada sebarang kata putus daripada kedua-dua pihak kerana ia masih dalam proses rundingan.

“Selain Anderson, kami juga sedang berunding dengan pemain dari Argentina yang akan mengisi posisi tengah. Tapi pemain ini belum pernah beraksi dalam Liga Malaysia.

“Malah, kami turut sedang mencari seorang lagi pemain import di bahagian serangan sekali gus melengkapk­an kuota lima import yang dibenarkan untuk pasukan Liga Super,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, PKNS memuat naik gambar Anderson yang hadir menyaksika­n latihan skuad Semut Merah di Kelana Jaya beserta kenyataan ‘seseorang sudah tiba.”

Tindakan itu mengundang persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air kerana Anderson sememangny­a sudah tidak bersama Kedah untuk musim ini.

PKNS sebelum ini sudah menandatan­gani dua pemain import termasuk pemain Singapura, Muhammad Faris Ramli yang mengisi kuota import Asia Tenggara serta pemain Colombia, Romel Morales Ramirez dengan kontrak setahun.

Skuad bimbingan bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal itu tampak serius untuk menjayakan misi mereka menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim ini selepas membawa masuk beberapa muka baharu termasuk pemain tempatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia