Harian Metro

Cuping telinga sampai koyak

-

Kota Kinabalu: Seorang lelaki disyaki penagih dadah cedera selepas cuping telinga kirinya terkoyak kerana meronta-ronta ketika ditahan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Kampung Likas, di sini.

Suspek berusia 38 tahun itu antara lapan individu termasuk seorang remaja perempuan yang ditahan kerana terbabit dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah pada Ops Cegah

Siri 1-2018, bermula jam 9 malam kelmarin hingga jam 2.30 pagi semalam.

Ketika serbuan, anggota penguat kuasa AADK Kota Kinabalu memperkena­lkan diri kepada lelaki terbabit sebelum menahannya kerana disyaki terbabit dalam penyalahgu­naan dadah.

Namun, ketika hendak digari, lelaki itu melawan dengan meronta-ronta dan berkata, “Apa hak kamu mahu tahan? Kamu siapa?”

Anggota penguat kuasa AADK kemudian bertindak memegang tubuh lelaki itu ke lantai, namun dia terus meronta-ronta hingga anting-anting pada telinga kirinya tertanggal menyebabka­n cuping telinga kirinya koyak.

Kejadian itu turut disaksikan isteri dan lima anaknya.

Ketua AADK Kota Kinabalu Lawrence

Galleh berkata, pada operasi itu, seramai lapan penguat kuasa AADK Kota Kinabalu menjalanka­n Ops Cegah di sekitar bandar raya ini.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudian dibawa bersama tujuh yang lain ke pejabat AADK dan mereka didapati positif dadah jenis methamphet­amine.

 ??  ?? SEBUAH lori lima tan terlanggar lori sawit di Kilometer 52, Jalan Beluran-Telupid, kelmarin.
SEBUAH lori lima tan terlanggar lori sawit di Kilometer 52, Jalan Beluran-Telupid, kelmarin.
 ??  ?? LELAKI yang cuba mengelak ditahan cedera selepas antinganti­ng tercabut dari cuping telinganya.
LELAKI yang cuba mengelak ditahan cedera selepas antinganti­ng tercabut dari cuping telinganya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia