Harian Metro

Rampas dadah RM7.2j

- Alif Amal Azhari am@hmetro.com.my

 Polis kekang pengedaran di Kuching sepanjang 2017

Usaha keras mengekang kegiatan pengedaran dadah di daerah ini berjaya membawa rampasan pelbagai jenis bahan terlarang itu dianggarka­n bernilai RM7.2 juta sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, rampasan dadah jenis syabu merekodkan jumlah terbesar dengan nilai rampasan RM6,451,597 diikuti pil ekstasi (RM325,715), pil eramin 5 (RM99,580), pil nospan (RM63,790) dan ganja (RM28,056).

Menurutnya, kejayaan itu adalah hasil usaha pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang menjalanka­n operasi berterusan.

“Sepanjang tahun lalu, BSJN IPD Kuching melakukan 1,163 serbuan dengan 1,358 individu ditahan atas pelbagai kesalahan narkotik yang dilakukan.

“Dua faktor utama yang membolehka­n kejayaan besar itu dicapai adalah peningkata­n risikan dan penumpuan polis dalam usaha memastikan jenayah narkotik di daerah ini dilumpuhka­n,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perhimpuna­n Bulanan Ketua Polis Daerah di Padang Kawad IPD Kuching, di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Abang Ahmad berkata, indeks jenayah di sekitar bandar raya ini mencatat penurunan sebanyak 3.48 peratus sepanjang tahun lalu berbanding tempoh sama pada 2016.

Katanya, sebanyak 1,554 pelbagai kes dilaporkan berbanding 1,610 kes sama yang direkodkan tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

“Kes curi motosikal merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 641 kes tahun lalu berbanding 523 kes dalam tempoh sama pada 2016.

“Namun, kes curi kereta mencatatka­n penurunan sebanyak 26 kes dengan mencatatka­n 185 kes tahun lalu berbanding 210 kes tahun sebelum itu,” katanya.

 ??  ?? ABANG Ahmad (kiri) menyampaik­an sijil kepada anggotanya pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan Ketua Polis Daerah di Padang Kawad IPD Kuching, semalam.
ABANG Ahmad (kiri) menyampaik­an sijil kepada anggotanya pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan Ketua Polis Daerah di Padang Kawad IPD Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia