Harian Metro

Pasangan terkejut ular cincin kuning jatuh dari siling

-

Sepasang suami isteri terkejut apabila seekor ular cincin kuning jatuh dari siling di bilik tidur rumah mereka di Kampung Rangalau Lama, Kiulu, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, tiada kecederaan dilaporkan selepas pasangan itu sempat keluar dari bilik berkenaan.

Menurut lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Nash, 40-an, sebelum kejadian, dia baru saja terjaga daripada tidur.

Dia yang mengusahak­an tanaman sayuran secara kecil-kecilan di kampung itu berkata, dia kemudian terlihat objek seperti tali jatuh dari siling ke atas lantai berhampira­n katilnya.

“Pada mulanya saya ingatkan tali pengikat langsir tingkap yang terjatuh. Apabila saya amati, objek berwarna hitam dan kuning itu adalah ular.

“Panik dengan kejadian itu, saya segera mengejutka­n isteri dan kami segera keluar dari bilik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Nash berkata, dia kemudian menutup pintu biliknya dan menghubung­i Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk meminta bantuan.

Sementara itu, Pegawai APM Unit Tuaran Paulina Francis berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.15 pagi, lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sebaik tiba di rumah pengadu, pihaknya mendapati ular itu masih berada berhampira­n katil di dalam bilik tidur.

“Anggota kami kemudian menjalanka­n operasi menangkap reptilia itu. Ia kemudian berjaya ditangkap dengan menggunaka­n peralatan khas tidak lama kemudian,” katanya.

“Operasi ditamatkan pada jam 7.47 pagi,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaa­n mendapati ular itu sepanjang 1.5 meter dan seberat satu kilogram.

“Selepas ditangkap, ia dibawa balik ke pejabat APM Tuaran untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ULAR cincin kuning yang memasuki bilik tidur di rumah pengadu.
ULAR cincin kuning yang memasuki bilik tidur di rumah pengadu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia