Harian Metro

DOA PAPA HIDUP SEMULA

- Khairul Najib Asarulah Khan am@hmetro.com.my

“Anak selalu bertanya kalau dia doa lama-lama, bapanya boleh hidup semula atau tidak. Saya sebak mendengar pertanyaan dan kelu tidak tahu menjawab,” kata Mazliana Ahmad, 34, yang kehilangan suaminya, Mohd Helmey Abu Kassim, 33, pada 14 Disember tahun lalu akibat kanser otak.

Suri rumah itu berkata, anaknya, Muhammad Adam Awaluddin berusia enam tahun yang juga anak kedua daripada tiga beradik paling rapat dengan arwah.

Katanya, anaknya turut menghidap leukemia serentak dengan arwah suaminya pada tahun lalu.

“Sepanjang 2017, kehidupan saya diuji apabila perlu menguruska­n suami dan anak. Disebabkan itu saya perlu menghantar dua anak lelaki masing-masing 12 dan dua tahun pulang ke kampung di Taiping, Perak,” katanya.

Menurutnya, Allah lebih menyayangi arwah apabila dia meninggal dunia pada 14 Disember lalu.

“Boleh dikatakan setiap hari Muhammad Adam akan bertanya mengenai bapanya. Saya hanya mampu menyatakan arwah tidak akan kembali,” katanya.

Katanya, pemergian arwah yang juga penjawat awam memberi kesan buat keluarga kerana hanya dia bekerja.

“Sebaik kematian suami, saya menjual kek coklat dan mempromosi­kan di Facebook. Alhamdulil­lah ada pendapatan dan boleh menampung keluarga,” katanya ditemui ketika menziarahi pusara arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyatoh, Rantau, di sini, semalam.

Harian Metro pada 13 Mei tahun lalu melaporkan tiada perkataan boleh menggambar­kan perasaan Mazliana apabila suami tercinta yang baru tersedar daripada pembedahan tidak mengenalin­ya bahkan menganggap­nya jururawat.

Kesabarann­ya mula diuji pada September 2014 apabila doktor mengesahka­n suaminya menghidap tumor otak yang memerlukan pembedahan segera untuk menyelamat­kan nyawa.

 Ibu tunggal jual kek coklat sara 3 anak selepas kematian suami hidap kanser otak

 ??  ??
 ??  ?? MAZLIANA bersama tiga anak menziarah pusara arwah suaminya. Gambar kecil, Mazliana menunjukka­n kek coklat yang dijual.
MAZLIANA bersama tiga anak menziarah pusara arwah suaminya. Gambar kecil, Mazliana menunjukka­n kek coklat yang dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia