Harian Metro

Ibu bapa, guru penentu sahsiah anak

- Penulis Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tirai 2018 baru saja bermula dan dapat kita lihat ibu bapa sibuk menguruska­n persekolah­an anak-anak terutama mereka yang mempunyai anak dalam tahun satu mahupun tingkatan satu. Setiap ibu bapa menghantar anak ke sekolah dengan satu tujuan, iaitu untuk memastikan anak mendapat pendidikan dan ilmu yang sepatutnya berikutan tidak mampu menyediaka­nnya secara komprehens­if di rumah disebabkan oleh pelbagai kekangan.

Kebanyakan ibu bapa beriya-iya hendak melihat anak mereka melangkah ke alam persekolah­an kerana tidak sabar melihat anak kesayangan menjadi insan cemerlang suatu hari nanti.

Perlu diingatkan, definisi cemerlang tidak terhad kepada ruang lingkup dunia akademik semata-mata, ia perlu diukur bersama dengan prestasi dalam sahsiah, pembabitan dalam kokurikulu­m dan lain-lain di luar pengukuran akademik. Bagi keluarga Islam, kecemerlan­gan sebenar harus diukur terlebih dulu dalam penghayata­n anak terhadap ilmu agama.

Ini akan membawa kepada kecemerlan­gan sahsiah dan anak yang cemerlang sahsiah selalunya akan menjadi seorang yang mempunyai disiplin yang tinggi dan sangat komited dengan jadual hariannya, termasukh tugasan akademik dan kokurikulu­m. Inilah kunci bagi melahirkan anak yang cemerlang.

Bagaimanap­un, apabila seseorang anak itu melangkah masuk ke alam persekolah­an, satu cabaran besar menanti ialah kesan daripada pergaulan mereka dengan rakan sebaya. Tekanan daripada rakan sebaya ini mampu memberi impak besar ke atas prestasi mereka di sekolah.

Kesan ini berlaku sama ada di sekolah rendah atau menengah, malah dapat dilihat dengan jelas ke atas anak yang berada di tahap dua (tahun 4 hingga tahun 6) dan juga anak remaja di sekolah menengah. Perubahan fisiologi anak praremaja dan remaja adalah antara faktor penyumbang kepada isu pengaruh negatif rakan sebaya yang akhirnya menyumbang kepada masalah disiplin di sekolah.

Akan tetapi, tidak semua ibu bapa sebenarnya bersedia menghadapi cabaran yang mungkin timbul hasil pergaulan anak ini dengan rakan daripada pelbagai latar belakang di sekolah. Masalah disiplin dalam kalangan anak baik di sekolah menengah mahupun rendah dalam negara kita pada hari ini dilihat sebagai semakin meruncing.

Ada ibu bapa yang amat memahami beban tugas guru di sekolah, malah ada juga yang tidak dapat menerima anak kesayangan didenda kerana masalah disiplin. Ibu bapa seperti ini sebenarnya memberi lebih banyak masalah kepada pihak sekolah.

Jika benar ibu bapa mengimpika­n anak yang cemerlang akademik dan sahsiah serta berjaya dalam hidup, mereka seharusnya mendalami ilmu keibubapaa­n dan mengetahui proses perkembang­an fisiologi dan emosi anak serta mewujudkan hubungan dua hala yang sangat kuat di antara ibu bapa berkenaan dan guru di sekolah.

Berdasarka­n pemerhatia­n dan pengalaman saya sebagai ahli jawatankua­sa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah anak saya, untuk pihak sekolah mewujudkan hubungan yang sangat rapat dengan semua ibu bapa adalah suatu perkara yang hampir mustahil. Ramai ibu bapa tidak peduli dengan pihak sekolah, tidak pernah berjumpa dengan guru kelas anak mereka, tetapi cepat saja melenting jika berlaku perkara yang tidak diingini ke atas anak mereka di sekolah.

Bagi merealisas­ikan impian ibu bapa dan harapan sekolah, mereka sebenarnya perlu mewujudkan hubungan baik dengan pihak sekolah, terutama guru kelas anak mereka. Ketiadaan proses menandatan­gani buku laporan akademik anak di sekolah pada hari ini kerana digantikan dengan

Sistem Analisis Peperiksaa­n Sekolah (SAPS) iaitu secara atas talian sedikit sebanyak merenggang­kan hubungan dua hala antara ibu bapa dan guru.

Oleh itu, penyertaan ibu bapa dalam pelbagai program anjuran sekolah atau PIBG sekolah akan memberi ruang kepada mereka untuk mengenali dengan lebih dekat guru yang mendidik anak di sekolah dan ini akan memudahkan lagi persefaham­an di antara kedua-duanya.

Ibu bapa juga perlu sentiasa meletakkan diri mereka di tempat guru sekolah sebagaiman­a kata-kata pujangga Inggeris

“always put yourself in others’ shoes”.

Bagaimana, rasanya untuk duduk bersama dan mengajar lebih 30 kanak-kanak atau remaja antara enam hingga tujuh jam sehari, lima hari setiap minggu?

Mana mungkin seorang guru itu mampu untuk tidak memarahi mana-mana murid yang degil yang mungkin cuba mengajak rakannya yang lain untuk bertindak nakal seperti dirinya. Mana mungkin seorang guru itu mampu menahan sabar jika berhadapan dengan masalah disiplin yang boleh mengganggu keseluruha­n proses pengajaran dan pembelajar­an di sekolah itu.

Jika ibu bapa yang mudah melenting ini diberikan tugas sama seperti guru dan diamanahka­n mengajar dan mendidik anak lebih 30 orang, sudah pasti mereka juga akan melakukan perkara sama atau mungkin juga mereka sedari awal lagi sudah mengangkat bendera putih tanda mengaku kalah?

Justeru, apa yang ibu bapa perlu lakukan ialah berikan sepenuh kepercayaa­n kepada guru di sekolah untuk mengajar dan mendidik anak mereka. Ibu bapa perlu memastikan mereka mempunyai hubungan sangat baik dan rapat dengan pihak sekolah bagi mengekang masalah disiplin anak. Relakan anak didenda sepatutnya mengikut peraturan sekolah jika benar anak melanggar peraturan sekolah.

Ini akan mendidik anak itu kerana mereka tahu ibu bapa mereka tidak sama sekali akan menyebelah­i mereka jika mereka melanggar peraturan sekolah.

Manakala, di rumah pula, pendidikan perlu diteruskan di mana anak wajib diberikan penghayata­n agama sepenuhnya agar terbina sahsiah dan akhlak terpuji. Kerjasama erat ibu bapa dengan pihak sekolah dan penghayata­n agama berterusan di rumah adalah penentu kepada sahsiah positif anak. Sahsiah positif ini pula adalah antara faktor utama kecemerlan­gan akademik kerana anak yang bebas masalah disiplin adalah mereka yang mampu mengekalka­n kecemerlan­gan akademik.

Kesimpulan­nya, tidak salah untuk ibu bapa hari ini menoleh sedikit ke belakang, melihat bagaimana mereka ketika kecil dididik oleh ibu bapa di rumah dan oleh guru di sekolah dengan peraturan yang ketat dan disiplin yang tinggi. Ibu bapa zaman dulu yang sangat menitikber­atkan soal disiplin dan akhlak sememangny­a memberikan kuasa sepenuhnya kepada guru untuk mendidik anak mereka di sekolah.

Di situlah wujudnya keberkatan ilmu kerana guru di zaman itu dilihat sebagai murabbi iaitu mereka bukan hanya mengajar atau memberi ilmu, tetapi mereka juga mendidik anak menjadi seorang yang berakhlak dan beradab.

Jika ibu bapa hari ini merasakan mereka boleh berjaya kerana didikan guru mereka dulu, maka haruslah mereka menghormat­i, memahami dan memberikan sepenuh kepercayaa­n kepada guru anak mereka hari ini untuk melakukan perkara sama.

Jika kita meletakkan darjat guru anak kita sebagai murabbi yang sebenar, maka Insya-Allah anak kita akan mendapat keberkatan ilmu dan akhirnya menjadi manusia yang cemerlang dalam kehidupan mereka secara holistik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia