Harian Metro

TAK LAHAP DURIAN SITA

-

> “Jangan fitnah! Kami tak bawa pulang dan ‘kenduri’ durian rampasan,” tegas Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Daerah Petaling

Jaya yang kesal dengan tuduhan netizen berikutan operasi besar-besaran memeriksa alat penimbang durian di beberapa kawasan utama penjualan raja buah itu, lapor

> Nurul Hidayah Bahaudin

Petaling Jaya: Ambil kesempatan tipu berat timbangan buah durian VIP untuk raih untung besar.

Itu tindakan lima peniaga buah durian yang dikesan menggunaka­n alat timbang yang tidak ditentusah­kan selain enggan mempamerka­n tanda harga buah dijual kepada orang ramai.

Tindakan itu bagaimanap­un mengundang padah apabila semua durian dijual mereka disita pihak berkuasa.

Dalam operasi dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa Kementeria­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Daerah Petaling Jaya diketuai Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa daerah itu, Ramli Nayan, sebanyak 250 kilogram durian pelbagai jenis dianggarka­n bernilai RM6,300 disita bersama lima alat timbang yang tidak mematuhi standard ditetapkan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Daerah Petaling Jaya Kamaruddin Md Yassin berkata, pihaknya menjalanka­n operasi selama dua hari itu di beberapa kawasan di Bandar Sunway, Taman Medan, SS2 dan Kampung Dato Harun di sini.

“Dalam operasi bermula jam 8.30 hingga 11 malam itu, kami melakukan pemeriksaa­n terhadap 38 gerai menjual durian.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati lima peniaga tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

“Empat gerai dikesan melakukan kesalahan menggunaka­n alat timbang yang tidak ditentusah­kan bagi tujuan perdaganga­n, manakala satu lagi gerai didapati tidak meletakkan tanda harga.

“Pada masa yang sama, kami turut menyita lebih 250 kilogram durian pelbagai jenis termasuk Musang King, Tracka, XO, D88, D101, D24 dan lain-lain yang dianggarka­n bernilai RM6,300 bersama lima alat timbang daripada kelima-lima peniaga berkenaan yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya.

Kamaruddin berkata, operasi itu dijalankan berikutan kejadian tular berhubung timbangan durian yang mengeliruk­an sebelum ini.

“Tujuan operasi ini diadakan adalah untuk memeriksa dan memastikan peniaga durian mematuhi peraturan ditetapkan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencaturan 2011.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung tindakan peniaga apa barangan yang dijual tidak mematuhi peraturan boleh menyalurka­n maklumat di pejabat KPDNKK berhampira­n untuk tindakan lanjut,” katanya.

Empat gerai dikesan melakukan kesalahan menggunaka­n alat timbang yang tidak ditentusah­kan bagi tujuan perdaganga­n, manakala satu lagi gerai didapati tidak meletakkan tanda harga”

Kamaruddin Md Yassin

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA
KPDNKK melakukan pemeriksaa­n terhadap gerai durian di SS2, Petaling Jaya, kelmarin.
ANGGOTA KPDNKK melakukan pemeriksaa­n terhadap gerai durian di SS2, Petaling Jaya, kelmarin.
 ??  ?? PEGAWAI KPDNKK memeriksa alat penimbang di beberapa gerai durian.
PEGAWAI KPDNKK memeriksa alat penimbang di beberapa gerai durian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia