Harian Metro

Buru 9 suspek kes bunuh di stesen minyak

-

Pontian: Polis Johor memburu sembilan lagi suspek baru yang dikenal pasti dan mempunyai peranan masing-masing dalam kejadian kes pembunuhan tragis di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, pada 17 Disember lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, suspek berusia 21 hingga 40 tahun itu dipercayai terbabit dengan kes itu dan waran tangkap ke atas mereka dikeluarka­n.

“Ini suspek yang kami kehendaki. Kami memohon orang ramai membantu polis bagi mengesan, menangkap dan membawa suspek ke muka pengadilan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaia­n Amanat Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din.

Mohd Khalil berkata, pihaknya percaya semua suspek berkenaan masih di dalam negara.

Berhubung senjata pisau digunakan dalam kejadian itu katanya, proses mendapatka­n bahan bukti itu dilakukan dan lokasinya dikenal pasti.

Sementara itu katanya, dua suspek berusia 19 dan 23 tahun yang sebelum ini direman berhubung kejadian itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor hari ini.

Katanya, tindakan pendakwaan itu selepas rumusan mengenai kes itu diperoleh dan mendapat arahan pertuduhan pihak peguam negara.

“Berdasarka­n kes bunuh terbabit, kedua-dua suspek dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama,” katanya.

Pada 17 Disember lalu, seorang lelaki maut diserang sekumpulan empat lelaki menaiki kereta BMW akibat ditikam sebelum dilanggar dan digilis, dalam kejadian jam 7.30 malam.

Susulan kejadian itu, Polis Johor menahan 15 suspek termasuk empat wanita berusia 16 hingga 26 tahun dalam beberapa siri tangkapan di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Singapura bagi membantu siasatan.

Sementara itu pada perkembang­an lain katanya, berdasarka­n statistik terdapat 253 kes kertas siasatan dibuka terhadap pegawai dan anggota polis pada 2016.

“Jumlah sama juga direkodkan pada tahun lalu. Walaupun kes sama, jumlah anggota terbabit berbeza iaitu 353 orang pada 2016 dan 394 anggota pada tahun lalu.

“Daripada kes ini, paling banyak salah laku adalah aspek penugasan polis, diikuti jenayah dan dadah,” katanya.

 ??  ?? MOHD Khalil (dua dari kiri) bersama pegawai menunjukan suspek kes bunuh di stesen minyak Taman Pelangi selepas Majlis Penyampaia­n Amanat Ketua Polis Johor di IPD Pontian, semalam.
MOHD Khalil (dua dari kiri) bersama pegawai menunjukan suspek kes bunuh di stesen minyak Taman Pelangi selepas Majlis Penyampaia­n Amanat Ketua Polis Johor di IPD Pontian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia