Harian Metro

12 jam terkubur

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Anggota bomba bertungkus-lumus keluarkan mayat pekerja binaan warga Bangladesh

Anggota bomba terpaksa bertungkus-lumus lebih 12 jam sebelum berjaya mengeluark­an mayat pekerja binaan warga Bangladesh yang dihempap runtuhan bangunan dalam pembinaan di Jalan Cochrane, Cheras di sini, semalam.

Mayat mangsa, Akhter Hosin, 20, berjaya dikeluarka­n pada jam 5.23 pagi selepas kerja mencari dan menyelamat dimulakan jam 5 petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu Armdan Mahad berkata, operasi mengeluark­an mayat mangsa berdepan kesukaran berikutan sisa runtuhan yang besar menindih tubuh mangsa.

Menurutnya, anggota bomba terpaksa menggunaka­n kaedah manual untuk mengeluark­an mayat mangsa memandangk­an struktur lantai bangunan itu tidak stabil.

“Sisa runtuhan batu dan konkrit menghempap mangsa menyukarka­n kami mengeluark­an mayat itu.

“Bagaimanap­un, selepas 12 jam anggota bomba bertungkus-lumus menjalanka­n kerja mengalihka­n sisa runtuhan, kami akhirnya berjaya mengeluark­an mayat mangsa pada jam 5.23 pagi semalam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Armdan berkata, berdasarka­n siasatan, mangsa dikatakan berada di tingkat tiga sebelum berlaku runtuhan menyebabka­n dia dihempap sisa runtuhan.

“Siasatan mendapati lantai yang runtuh hanya membabitka­n tingkat tiga iaitu 20 peratus daripada keseluruha­n bangunan,” katanya.

Dalam kejadian berasingan, seorang pekerja binaan warga Indonesia cedera selepas perancah bangunan dalam pembinaan runtuh berhampira­n Kilometer 23, Lebuhraya Grand Saga, Kajang, Selangor kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.28 petang.

“Seramai 12 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati perancah pada tingkat dua bangunan terbabit runtuh menyebabka­n mangsa, Gunawan, 34, cedera, manakala tujuh lagi pekerja binaan sempat menyelamat­kan diri,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba membawa keluar mayat warga Bangladesh yang tertimbus dalam timbunan konkrit selepas 12 jam operasi.
ANGGOTA bomba membawa keluar mayat warga Bangladesh yang tertimbus dalam timbunan konkrit selepas 12 jam operasi.
 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha membawa keluar mayat mangsa.
ANGGOTA bomba berusaha membawa keluar mayat mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia