Harian Metro

Mengaku pukul anak jiran

-

Petaling Jaya: Tindakan seorang lelaki yang memukul anak jirannya menggunaka­n penyangkut baju sehingga lebam di tangan, menerima padah apabila didenda RM1,700 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Mohd Azali Ibrahim menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh, Ismilkhan Mat Abdul, 40, operator pengeluara­n kilang, apabila dia mengaku bersalah sebaik tuduhan dibacakan terhadapny­a.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1, Seksyen 8, Kota Damansara di sini, kira-kira jam 10.30 malam, 6 Disember tahun lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Ismilkhan yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia adalah penanggung utama keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin bagaimanap­un memohon hukuman setimpal yang berbentuk pengajaran dikenakan ke atas tertuduh dengan mengambil kira mangsa dalam kes ini adalah kanak-kanak.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa dikatakan menarik kaki anak tertuduh sehingga jatuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia