Harian Metro

Kebodohan RM170,100!

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Padah mudah percaya pada kontraktor warga Amerika Syarikat dikenali di Facebook menyebabka­n seorang guru tuisyen ditipu RM170,100.

Mangsa diperdaya suspek yang mendakwa memperoleh projek di negara ini bernilai RM4.8 juta sebelum mempelawa mangsa menyertai projek cari gali minyak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, mangsa mengenali suspek sejak Jun tahun lalu dan mula berhubung dengan lebih kerap di Facebook.

Katanya, pada September lalu, suspek kemudian meminta pertolonga­n untuk meminjam wang daripada mangsa dengan alasan kesuntukan masa untuk membeli bahan mentah diesel.

“Kerana percaya, mangsa membuat dua transaksi pemindahan wang dalam talian membabitka­n nilai RM10,100 pada Oktober lalu.

“Namun pada November lalu, mangsa sekali lagi membuat dua transaksi pindahan wang di cawangan bank di Subang Jaya membabitka­n nilai RM115,000,” katanya.

 Guru tuisyen diperdaya projek cari gali minyak

Muhammad Azlin berkata, bagi meyakinkan mangsa, suspek kemudian diberikan satu pautan dipercayai laman web bank palsu kononnya bukti suspek mempunyai wang untuk membayar duit dipinjam.

“Mangsa turut diberikan kata laluan khas bagi memeriksa baki akaun dalam laman web bank palsu itu yang memaparkan jumlah lebih RM3 juta.

“Namun, selepas beberapa hari, mangsa mengesyaki ditipu apabila suspek dikatakan tidak membayar semula wang yang dipinjamka­n dengan alasan berada di pelantar minyak di Kerteh, Terengganu,” katanya.

 ?? Muhammad Azlin ?? Mangsa turut diberikan kata laluan khas bagi memeriksa baki akaun dalam laman web bank palsu itu yang memaparkan jumlah lebih RM3 juta”
Muhammad Azlin Mangsa turut diberikan kata laluan khas bagi memeriksa baki akaun dalam laman web bank palsu itu yang memaparkan jumlah lebih RM3 juta”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia