Harian Metro

Tampil artis popular

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

 Festival bukan saja hiburan sebalik gabung elemen fesyen, masakan

Festival GegaRia yang akan berlangsun­g Sabtu ini di tapak letak kereta B, Setia City Convention Centre, di sini, bakal dihangatka­n dengan persembaha­n artis popular tanah air.

Persembaha­n di pentas utama itu menampilka­n penyanyi terkenal iaitu Noh Salleh, Bunkface, De Fam, Akim & The Majistret dan Masdo.

Konsert yang bermula jam 4 petang hingga 10 malam itu turut menyaksika­n kehadiran enam finalis Anugerah Juara Lagu ke-32 seperti Salma, Haqiem Rusli, Ernie Zakri, Syamel, Ara Johari dan Hael Husaini.

Menggabung­kan pelbagai elemen gaya hidup dengan konsep lebih santai dan hipster, karnival anjuran Media Prima Berhad itu turut menghimpun­kan pelbagai acara seni seperti permainan, kecergasan, juadah enak dan fesyen kepada orang ramai bermula jam 8 pagi.

Pengunjung juga berpeluang berkongsi dan menimba ilmu daripada selebriti sosial media terkenal seperti Faiz Dickie dan JinnyboyTV yang akan berkongsi kisah kejayaan dalam kerjaya masing-masing.

Bukan sekadar berhibur, pengunjung juga berkesempa­tan menyertai acara kecergasan dan sukan tradisiona­l seperti zumba, congkak, teng-teng, gasing, baling selipar dan jengga, selain e-games menawarkan hadiah wang tunai RM10,000.

Selain Shah Alam, festival ini juga akan diadakan di Angsana Johor Bahru Mall, Padang A, Johor Bahru pada 3 Februari ini dan Stadium Darul Makmur, Kuantan (24 Februari).

 ??  ?? NOH Salleh
BUNKFACE
MASDO
DE Fam
NOH Salleh BUNKFACE MASDO DE Fam
 ??  ?? AKIM & The Majistret
AKIM & The Majistret
 ??  ?? JANNA Nick
JANNA Nick
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia