Harian Metro

Erra tak sorok tarikh kahwin

-

Kuala Lumpur: “Jika ada tarikh kahwin atau berita gembira mengenai hubungan saya dengan Shahir, saya akan kongsikan dengan semua,” kata pelakon popular, Erra Fazira yang dikatakan bakal berkahwin pada 9 Februari ini.

Erra, 44, berkata, dia menganggap semua berita itu sekadar angin lalu dan meminta semua pihak berhenti daripada terus membuat spekulasi.

“Di akhbar keluar kata saya nak kahwin 9 Februari. Terbaru, Mac pula. Selagi tidak keluar dari mulut saya sendiri, jangan percaya.

“Kalau ada berita gembira, saya takkan sorok. Saya berkongsi kepada semua terutama rakan media. Saya tak lupa jasa media yang selama ini bersama saya dari dulu hingga sekarang,” katanya.

Erra turut berterima kasih kepada semua pihak yang ambil berat mengenai dirinya dengan Shahir.

Erra juga mengakui dia dan bekas juara Akademi Fantasi musim kelapan (AF8) itu masih berkawan serta belum ada perancanga­n untuk berkahwin.

“Saya dan Shahir masih berkawan dan berhubung baik. Saya macam orang lain juga, soal jodoh bukan datang daripada saya.

“Lagi satu, bukan urusan saya untuk ambil tahu dan masuk campur masalah dihadapi Shahir. Saya ada batas sendiri. Jadi, jangan kaitkan saya dengan apa yang dilalui Shahir.

“Saya sedar ramai ambil berat terhadap saya apatah lagi selepas timbul isu membabitka­n Shahir. Saya anggap mereka seperti ibu bapa yang ambil berat kepada anak sendiri,” katanya.

 ??  ?? ERRA Fazira
ERRA Fazira

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia