Harian Metro

Tiada niat singgung peminat Jonghyun

-

Kuala Lumpur: Pelakon Janna Nick memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggun­g ekoran tindakanny­a bersama pelakon, Sharifah Sakinah yang didakwa mempersend­akan kematian pelakon Korea Selatan, Jonghyun.

Video yang dimuat naik menerusi Instagram Story milik Sakinah itu menunjukka­n mereka sedang bergurau di sebuah salun sambil menyebut nama artis Korea itu.

Tindakan Janna dan Sakinah itu mengundang kemarahan dan pelbagai reaksi peminat penyanyi itu seperti yang disiarkan sebuah portal hiburan Koreaboo, semalam.

Janna yang kini bercuti di Bali, Indonesia ketika dihubungi berkata, dia tidak berniat untuk menyentuh sensitivit­i mana-mana pihak, malah tidak mengetahui mengenai kematian penyanyi itu.

“Saya malas nak panjangkan isu ini. Lagipun saya tak sentuh langsung mengenai penyanyi berkenaan. Malah, sebelum ini saya juga sudah meminta maaf di Twitter.

“Namun, jika ada yang berasakan tindakan saya salah, sekali lagi saya nak minta maaf. Sejujurnya saya tak berniat nak memperseda­kan sesiapa malah jauh sekali nak mengaitkan dengan sesiapa.

“Lagipun, ketika video dimuat naik, saya tak tahu pun mengenai berita dia meninggal dunia sehinggala­h peminat mulai ‘serang’ saya di Twitter,” katanya kepada Harian

Metro.

Janna berkata, tindakanny­a ketawa bukan ditujukan kepada penyanyi itu sebaliknya tindak balas kepada gelagat

Sakinah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia