Harian Metro

Ajal hantar anak sekolah

-

Mersing: Pensyarah Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Mersing maut manakala anak lelakinya parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki bertembung dengan treler di Kilometer 8, Jalan Jemaluang-Mersing di sini, semalam.

Kejadian berlaku ketika Ahmad Azham Muhammad, 40, dalam perjalanan menghantar anaknya Muhammad Luqman, 7, dari Kuarters ILP Mersing ke Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) di bandar Mersing menaiki Nissan Serena jam 7.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superinten­dan Cyril Edward Nuing berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada treler dipandu lelaki berusia 34 tahun dalam perjalanan dari Kemaman, Terengganu ke Pengerang, Kota Tinggi membrek mengejut kerana mengelak kenderaan yang memasuki simpang kanan.

Menurutnya, treler berkenaan berpusing dan memasuki laluan bertentang­an lalu bertembung MPV yang dipandu Ahmad Azham.

“Akibat pertembung­an itu, Ahmad Azham meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya parah termasuk patah kaki kiri dan dihantar ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pemandu treler tidak cedera dan ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Mersing untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumika­n.

Sementara itu, bapa mangsa, Muhammad Ismail, 80, berkata, dia menerima berita yang menimpa anak keenam daripada 10 beradik itu pada jam 8 pagi melalui panggilan telefon daripada anaknya.

Dia terkejut dengan berita pemergian Ahmad Azham kerana kali terakhir berjumpa pada Sabtu lalu apabila arwah membawa menantu dan dua cucunya pulang ke Gelang Patah.

“Arwah anak yang baik dan menghormat­i orang tua serta disenangi semua sembilan beradiknya tetapi apakan daya masanya sudah tiba dan saya mesti reda,” katanya di Bilik Mayat Hospital Mersing, semalam. Muhammad berkata, jenazah anaknya dibawa pulang ke Gelang Patah untuk disemadika­n di sebelah pusara ibunya sebaik selesai bedah siasat semalam.

Mangsa meninggalk­an balu, Haj Hafizah Mohd Irani, 39, dan seorang lagi anak perempuan berusia empat tahun.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa kemalangan maut antara kereta dengan treler di Kilometer 8 Jalan Jemaluang-Mersing.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa kemalangan maut antara kereta dengan treler di Kilometer 8 Jalan Jemaluang-Mersing.
 ??  ?? AHMAD Azham
AHMAD Azham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia