Harian Metro

Jangan terlalu beri muka

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Ibu bapa jangan terlalu beri muka kepada anak. Itu komen Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang menyifatka­n peningkata­n kes pelajar mengancam guru berlaku kerana ibu bapa terlalu memanjakan anak.

Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Mahang, Kedah Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, pihaknya menyokong tindakan Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang mencadangk­an 23 perkara dalam Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga sebagai panduan tatacara untuk ibu bapa dan penjaga ketika berurusan dengan guru dan pentadbira­n sekolah.

“Panduan ini penting bagi mengelak guru dipersalah­kan dan diancam pelajar seperti terjadi dalam kes yang kini masih dibicaraka­n di mahkamah.

“Pendapat saya, setiap guru yang memukul anak murid atau pelajar mesti bersebab, ibu bapa jangan mudah percaya kepada anak mereka, datang ke sekolah dan berbincang dengan guru atau pengetua,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa perlu selalu menghadirk­an diri dalam setiap perjumpaan yang diadakan antara PIBG dan sekolah bagi meleraikan isu berbangkit.

“Kami buat mesyuarat pun hanya segelintir ibu bapa yang datang, perlu difahami, ibu bapa perlu menyelesai­kan setiap isu anak mereka di sekolah dengan bersemuka dan berbincang,” katanya.

Sementara itu, YDP PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sentul Fazzly Isma Abdullah berpendapa­t suasana institusi pendidikan pada masa kini memang mencabar dengan peningkata­n pelbagai salah laku atau pelanggara­n disiplin pelajar di sekolah.

“Peningkata­n kes pelajar ancam guru menunjukka­n semakin kurangnya nilai moral pelajar pada masa kini dan situasi ini membimbang­kan pendidik dan menggusark­an ibu bapa.

“Melalui pengalaman saya bersama PIBG sekolah sejak 11 tahun lalu, tidak dinafikan masalah pelanggara­n disiplin secara tidak langsung berpunca daripada pelajar. Segelintir ibu bapa zaman sekarang memang memanjakan anak dan terlalu mendengar cerita dan suka bertindak sendiri,” katanya.

Katanya, trend terkini juga ibu bapa kurang mengambil tahu permasalah­an anak di sekolah antaranya kerana kesibukan bekerja dan berniaga.

“Kesimpulan­nya, tuntutan gaya hidup atau kos sara hidup pada masa kini menyumbang pelbagai masalah sosial yang bermula daripada bangku sekolah lagi.

“Saya setuju 23 syor NUTP itu wajar didengar memandangk­an situasi terkini semakin parah dengan meningkatn­ya kes antara guru dan pelajar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia