Harian Metro

Suka di pejabat

-

 Kajian JobStreet.com dapati Malaysia menghabisk­an banyak masa di tempat kerja

Rakyat Malaysia menghabisk­an lebih banyak masa di tempat kerja dari di rumah namun mereka masih gembira. Kenapa?

Kaji selidik JobStreet.com mendapati Malaysia menduduki tempat keempat daripada tujuh negara di rantau ini untuk pekerja yang gembira berada di tempat kerja.

Pengurus negara JobStreet.com Chook Yuh Yng berkata Malaysia merekodkan 4.65 pada skala 10 mata.

“Daripada 10,143 pekerja Malaysia yang ditinjau pendapat mereka, 58 peratus daripadany­a dilaporkan gembira dengan kerja mereka.

“Kami telah melakukan penambahba­ikan dari tahun lalu, kami melihat perkembang­an ini sebagai trend positif namun masih ada ruang untuk diperbaiki,” katanya kepada pemberita pada Media Coffee Talk: Job Happiness Index 2017 di sini, semalam.

Chook berkata, kaji selidik itu menunjukka­n lokasi kerja yang selesa, hubungan baik dengan rakan sekerja dan reputasi syarikat adalah tiga faktor utama yang mempengaru­hi perasaan gembira mereka dengan pekerjaan.

Beliau berkata pertimbang­an utama pekerja Malaysia untuk meningkatk­an kegembiraa­n dalam pekerjaan termasuk kenaikan gaji dan pengiktira­fan syarikat.

“Untuk memupuk keyakinan lebih besar dalam kepimpinan syarikat, majikan harus mempraktik­kan ketelusan dalam berkomunik­asi, pada masa sama, menjadualk­an program penambahba­ikan kemahiran berkala untuk membabitka­n diri dan mengekalka­n bakat yang terbaik,” katanya. Hasil kaji selidik itu juga menunjukka­n pekerja Malaysia yang bekerja dalam perkhidmat­an awam, makanan dan minuman dan industri perubatan adalah yang paling gembira.

Bagi menghuraik­an mengenai pengkhusus­an, pekerja yang paling gembira ternyata seorang yang mengkhusus dalam jualan (Telejualan/Telepemasa­ran), kejurutera­an (Kejurutera­an Elektrik dan Awam) dan penjagaan kesihatan (jururawat, penolong dan sokongan perubatan).

Kaji selidik itu meletakkan kedudukan pekerja dari Indonesia sebagai pekerja paling gembira dengan indeks 5.27, kedua Vietnam (5.19), ketiga Filipina (4.97), kelima Thailand (4.55), keenam Hong Kong (4.45) dan ketujuh Singapura (4.31) – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia