Harian Metro

Terima faedah SIP JPN tambah baik program outreach

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

“Saya diberhenti­kan kerja pada 1 Januari lalu selepas 14 tahun berkhidmat, malah lebih perit terpaksa uruskan empat anak yang masih bersekolah berusia antara enam hingga 13 tahun,” kata penerima bantuan interim Sistem Insuran Pekerjaan (SIP), Shahrul Nizam Mustafa, 40.

Shahrul Nizam antara lapan penerima pertama bantuan interim SIP di bawah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) yang mendapat manfaat bantuan kewangan RM600 setiap orang bagi meringanka­n beban kehidupan selepas diberhenti­kan kerja.

Dia ditemui selepas majlis penyampaia­n bantuan berkenaan yang diserahkan sendiri Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot di sini, semalam.

Syahrul Nizam berterima kasih kepada Perkeso kerana meluluskan permohonan­nya, sekali gus membantu meringanka­n beban termasuk bagi melengkapk­an keperluan anaknya yang masih bersekolah.

Menurutnya, bantuan diterima itu dapat membantuny­a menguruska­n kehidupan seharian, selain menggunaka­nnya untuk mencari pekerjaan baru.

“Saya juga difahamkan, SIP akan membantu mendapatka­n pekerjaan sesuai selain menawarkan peluang latihan untuk menceburi bidang pekerjaan lain,” katanya.

Pada

sidang media

di program sama, Richard berkata, sejak permohonan dibuka pada 1 Januari lalu, Perkeso menerima 175 permohonan.

Menurutnya, selain menerima bantuan kewangan, penerima faedah juga menyertai Program Penempatan Semula Pekerjaan bagi membantu mencari pekerjaan yang sesuai.

“Program Penempatan Semula Pekerjaan ini dikendalik­an secara bersama dengan JobsMalays­ia dan agensi pekerjaan swasta JobStreet.

“Sekiranya jawatan kosong memerlukan kemahiran tertentu, Perkeso akan bekerjasam­a dengan agensi awam lain,” katanya. Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) akan menambah baik program di seluruh negara dalam usaha menyelesai­kan pelbagai masalah rakyat selepas pelaksanaa­nnya sejak 2007 mendapat sambutan menggalakk­an.

Ketua Pengarahny­a Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, setakat ini, pendekatan berkenaan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara yang dapat berurusan dengan jabatan itu menerusi unit bergerak.

Katanya, unit berkenaan akan menjelajah ke seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman untuk menyelesai­kan apa juga masalah berkaitan jabatan itu seperti pendaftara­n kelahiran, kad pengenalan dan urusan rekod.

“Ini rutin tahunan yang kami jalankan secara kerap, khusus membantu komuniti yang tinggal jauh di pedalaman serta tidak

>>Perkeso terima 175 permohonan sejak dibuka pada 1 Januari lalu

 Lapan hilang kerja dapat manfaat skim baru Perkeso

berkemampu­an untuk keluar ke bandar atau pejabat JPN terdekat.

“Kami akan pertingkat­kan lagi mengikut kesesuaian kerana kami mahu semua pihak dapat berurusan dengan mudah, selesa kerana yang penting mereka dapat menunaikan tanggungja­wab sebagai warganegar­a,” katanya kepada Harian Metro.

 ?? Richard Riot ?? RICHARD (dua dari kiri) ditemani Pengerusi Perkeso Tan Sri Aseh Che Mat beramah mesra dengan penerima bantuan SIP, semalam. Program Penempatan Semula Pekerjaan ini dikendalik­an secara bersama dengan JobsMalays­ia dan agensi pekerjaan swasta JobStreet”
Richard Riot RICHARD (dua dari kiri) ditemani Pengerusi Perkeso Tan Sri Aseh Che Mat beramah mesra dengan penerima bantuan SIP, semalam. Program Penempatan Semula Pekerjaan ini dikendalik­an secara bersama dengan JobsMalays­ia dan agensi pekerjaan swasta JobStreet”
 ??  ?? MOHAMMAD Razin
MOHAMMAD Razin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia