Harian Metro

986 doktor pakar awam hijrah ke swasta

-

Putrajaya: Sejak tujuh tahun lalu, Kementeria­n Kesihatan kehilangan 986 doktor pakar pelbagai bidang kerana meletakkan jawatan dan berhijrah ke pusat perubatan swasta.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, setiap tahun, pihaknya kehilangan kira-kira tiga peratus doktor pakar dianggarka­n purata sekitar 106 hingga 170 orang setiap tahun antara 2011 hingga 2017.

Beliau berkata, jumlah itu dilihat meningkat dari tahun ke tahun dengan majoriti yang meletakkan jawatan berada pada gred UD53 dan ke atas.

“Tahun lalu, 170 doktor pakar yang bekerja di hospital kerajaan meletakkan jawatan dan masing-masing berhijrah ke pusat perubatan swasta.

“Sukar untuk kita mengimbang­kan pendapatan doktor yang berkhidmat di swasta dengan sektor awam, namun kita cuba untuk mengecilka­n jurang berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir

sama,

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, Ketua Setiausaha Kementeria­n Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Subramania­m berkata, kehilangan doktor pakar memberi kesan besar kepada kementeria­n kerana hampir semua mereka sudah lama berkhidmat, selain mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing.

“Oleh itu, menerusi bajet 2018, setiap pakar perubatan gred UD54 dan ke atas diberi kelonggara­n satu hari dalam seminggu ketika tempoh waktu bekerja untuk menambah pendapatan masing-masing,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia