Harian Metro

‘Kami pantang mengalah...’

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

Rakyat Palestin tidak akan sekali-kali mengalah dalam memperjuan­gkan penubuhan sebuah negara yang merdeka, sekali gus menamatkan pencabulan dan pendudukan haram regim zionis Israel.

Duta Palestin ke Malaysia Datuk Dr Anwar Al-Agha berkata, rakyat Palestin di bawah kepimpinan Presiden Mahmoud Abbas sangat mengambil berat mengenai perkara itu termasuk usaha memastikan Baitulmaqd­is sebagai ibu negaranya.

Menurutnya, kepimpinan Palestin juga sangat komited untuk meneruskan usaha mencapai perdamaian dengan semua pihak supaya hasrat mempunyai satu negara, satu kepimpinan dan satu bendera di bawah Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tercapai.

“Hari ini (semalam), kami semua memperinga­ti permulaan revolusi 1965 yang membabitka­n pemimpin dan pejuang Palestin demi pembebasan daripada pendudukan Israel.

 Rakyat Palestin bulat tekad perjuang tubuh negara merdeka

“Kami ingin menegaskan bahawa Baitulmaqd­is akan menjadi ibu negara Palestin dan kami tidak akan sekali-kali berputus asa,” katanya selepas meraikan sambutan ulang tahun ke-53 Revolusi Palestin di Kedutaan Besar Palestin, di sini, semalam.

Anwar berkata, pihaknya sangat menghargai sokongan daripada seluruh masyarakat dunia termasuk rakyat dan kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kami tahu, semua rakyat Malaysia mengambil berat mengenai kemerdekaa­n Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Palestin dan kami harap insya-Allah, kami mendapat sokongan yang padu. Kami sentiasa mengatakan satu Malaysia satu Palestin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia