Harian Metro

Pemaju lewat perlu bayar ganti rugi

-

Kuala Lumpur: Pemaju yang lewat menyiapkan rumah dalam tempoh ditetapkan diingatkan membayar ganti rugi kelewatan kepada pembeli ketika serahan milikan kosong (kunci) dibuat.

Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) Salkukhair­i Abdul Sukor berkata, peruntukan di dalam Jadual G dan H Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 jelas menunjukka­n pemaju mesti membayar ganti rugi kelewatan kepada pembeli ketika mengambil milikan kosong rumah.

“Sekiranya pemaju gagal berbuat demikian, pembeli boleh menuntut daripada peguam yang menyediaka­n perjanjian jual beli untuk membayar ganti rugi daripada mana-mana wang

>>Pajakan jangka panjang hotel bendung kenaikan kos penginapan

progres dipegang peguam. (Wang progres adalah wang bayaran harga jual beli mengikut proses pembinaan dibayar bank kepada peguam sebagai pemegang pertaruhan).

“Berdasarka­n pemerhatia­n saya, kebanyakan pemaju tidak mempraktik­kan amalan itu. Mungkin disebabkan mereka tidak tahu undang-undang atau pembeli tidak sedar hak mereka. Apabila pembeli tidak sedar, pemaju pula tidak mengambil serius melaksanak­an peruntukan itu,” katanya.

Salkukhair­i berkata, hak pembeli dilindungi dalam perjanjian jual beli.

“Cuma menjadi persoalann­ya adalah sejauh mana pembeli faham peruntukan yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli itu,” katanya.

 ??  ?? NAJIB dalam majlis pelancaran logo TH di Madinah.
NAJIB dalam majlis pelancaran logo TH di Madinah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia