Harian Metro

Gesa usahawan rebut insentif RM22b

-

Shah Alam: Usahawan tempatan diharap tidak tercicir merebut pelbagai bantuan RM22.2 bilion disalurkan kerajaan bagi meningkatk­an daya saing golongan itu terutama perusahaan kecil sederhana (PKS).

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan berkata, peruntukan yang diumumkan pada Bajet 2018 itu merangkumi akses pasaran, pembiayaan latihan, pembanguna­n modal insan, teknologi dan modal kerja.

Menurut beliau, kerajaan fokus kepada perusahaan dan perindustr­ian tahun ini kerana 98.5 peratus daripada keseluruha­n entiti perniagaan negara terdiri daripada PKS.

“Penambahan peruntukan kepada PKS diharap memberi motivasi kepada agensi kerajaan bagi memacu cita-cita negara mencapai nilai eksport 41 peratus menjelang 2020,” katanyasel­epas menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) bersama Yayasan Amal Makruf Malaysia (YAMM), semalam. Ipoh: Hanya satu jenama produk keropok udang dipasarkan di Perak tidak mempunyai pensijilan halal manakala enam lagi keropok mempunyai pensijilan halal yang sah.

Perkara itu disahkan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Perak selepas pemeriksaa­n di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) sepanjang lebuh raya serta kawasan tumpuan ramai.

Harian Metro Sabtu lalu, melaporkan KPDNKK Perak menyerbu premis menggoreng dan membungkus keropok udang di Lawan Kuda, Gopeng kerana menggunaka­n logo halal rekaan sendiri tanpa pengesahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia