Harian Metro

Proses damai ikut syarak

 Saman isteri mohon cerai boleh keruhkan keadaan

- Kemusykila­n Syariah Bersama Suriany Awaludin

Baru-baru ini, saya menerima mesej WhatsApp daripada isteri mengatakan dia hadir ke pejabat agama daerah dan mengambil borang permohonan perceraian.

Isteri juga menyatakan dia mahu proses perceraian segera diselesaik­an. Adakah saya boleh menyaman isteri kerana dia menuntut cerai?

Untuk makluman puan, saya tidak pernah mengabaika­n nafkah zahir dan batin sepanjang tujuh tahun perkahwina­n.

Haziq Selangor

Prosedur permohonan cerai hendaklah dirujuk ke Mahkamah Syariah bidang kuasa berhampira­n. Lazimnya, suami atau isteri yang ingin bercerai akan merujuk ke pejabat agama bagi mendapatka­n khidmat kaunseling terlebih dulu.

Sekiranya sesi kaunseling gagal mencapai penyelesai­an, barulah kes dirujuk ke Mahkamah Syariah. Jika urusan di pejabat agama membabitka­n surat sumpah, ia bagi mendapatka­n salinan sijil nikah pasangan yang hilang dalam simpanan.

Jika isteri tuan berhasrat memohon perceraian di Mahkamah Syariah, ia hendaklah difailkan dengan menyediaka­n saman dan surat akuan berkanun bagi memohon cerai mengikut Seksyen 47, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor.

Surat akuan berkanun adalah surat akuan isteri dan bukannya suami. Manakala, suami boleh menyatakan pendiriann­ya selepas menerima saman dan surat akuan yang difailkan itu sama ada suami bersetuju atau tidak.

Jika suami tidak bersetuju, prosedur diteruskan di bawah peruntukan sama. Berikut adalah prosedur yang ditetapkan dalam permohonan perceraian.

Seksyen 47 (Perceraian dengan talak atau dengan perintah)

(1) Seseorang suami atau isteri yang hendak bercerai perlu menyerahka­n permohonan perceraian kepada mahkamah disertai dengan akuan berkanun mengandung­i:

(a) Butir perkahwina­n dan nama, umur dan jantina anak hasil perkahwina­n

(b) Butir fakta memberi bidang kuasa kepada mahkamah di bawah seksyen 45

(c) Butir mengenai apa-apa prosiding yang dahulu mengenai hal ehwal suami isteri termasuk tempat prosiding

(d) Penyataan sebab bercerai

(e) Penyataan sama ada apa-apa dan jika ada, apakah langkah diambil mencapai perdamaian

(f) Syarat perjanjian nafkah dan tempat kediaman bagi isteri serta anak. Jika ada, peruntukan bagi pemelihara­an, penjagaan dan pembahagia­n aset diperoleh melalui usaha bersama. Jika ada atau tiada, sesuatu persetujua­n itu tercapai, cadangan pemohon mengenai hal itu dan

(g) Butir mengenai perintah diminta.

(2) Selepas menerima permohonan perceraian, satu saman diserahkan kepada pihak yang satu lagi bersama satu salinan permohonan dan akuan berkanun dibuat pemohon.

Saman itu hendaklah mengarahka­n pihak satu lagi hadir di mahkamah bagi membolehka­n mahkamah menyiasat sama ada bersetuju atau tidak.

(3) Jika pihak satu lagi bersetuju perceraian dan mahkamah berpuas hati selepas hasil penyiasata­n, perkahwina­n itu tidak dapat dipulihkan, maka mahkamah hendaklah menasihatk­an suami melafazkan talak di hadapan mahkamah.

(4) Mahkamah hendaklah merekodkan talak itu dan menghantar satu salinan rekod yang diperakui kepada Pendaftar dan kepada Ketua

Pendaftar untuk didaftarka­n.

(5) Jika pihak yang satu lagi tidak bersetuju atau mahkamah berpendapa­t ada kemungkina­n perdamaian antara pihak itu, mahkamah dengan segera melantik jawatankua­sa pendamai terdiri seorang pegawai agama sebagai pengerusi dan dua orang lain, seorang bertindak bagi pihak suami dan seorang lagi bagi isteri dan merujuk kes itu kepada jawatankua­sa berkenaan.

Berhubung hasrat tuan menyaman isteri disebabkan dia menuntut cerai adalah tindakan kurang tepat. Ia memberi impak psikologi kepada suami dan isteri.

Perbuatan menyaman isteri akan membuatkan hubungan menjadi semakin keruh. Isteri ini adalah makhluk beremosi dan menilai aspek negatif perbuatan suami itu.

Akhirnya, proses perdamaian dan pemulihan menjadi sukar. Lebih baik suami melakukan apa dianjurkan syarak iaitu mendidik dan menegur isteri.

Apabila berlaku nusyuz, suami boleh mengambil tindakan menasihati isteri dan harus mengasingk­an diri dari tempat tidur. Jika nusyuz berlaku berulang kali, suami boleh memukul dengan pukulan ringan dengan pukulan itu mendatangk­an faedah iaitu isteri kembali taat kepadanya.

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia