Harian Metro

2 Datuk direman 6 hari

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

 Bantu siasatan berhubung kes pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang

Pengarah Eksekutif Kanan Consortium Zenith Constructi­on Sdn Bhd bergelar Datuk direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun dikemukaka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil kemudian membenarka­n individu itu direman mulai semalam sehingga 15 Januari.

Lelaki berkenaan ditahan jam 8.45 malam kelmarin ketika hadir memberi kenyataan di Ibu Pejabat SPRM.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, lelaki terbabit tiba di mahkamah pada jam 9.50 pagi berbaju lokap SPRM berwarna jingga dan bergari.

Sementara itu, peguam yang mewakili individu berkenaan, Hamidi Mohd Noh berkata, anak guamnya ditahan untuk membantu siasatan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM.

“SPRM memohon tahanan reman tujuh hari, bagaimanap­un Majistret hanya membenarka­n anak guam direman selama enam hari,” katanya.

Sementara itu di Georgetown, seorang timbalan pengerusi sebuah syarikat bergelar Datuk turut direman enam hari bermula semalam hingga 15 Januari ini bagi membantu siasatan kes sama.

Perintah tahanan reman dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Muhammad Azam Md Eusoff selepas membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, individu berusia 40a-an terbabit dilihat hadir berpakaian lokap SPRM dengan tangan bergari diiringi peguamnya Ong Yu Shin pada jam 11.40 pagi dan meninggalk­an kawasan berkenaan setengah jam kemudian.

Kelmarin, SPRM menyerbu beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Georgetown, Pulau Pinang yang mempunyai kaitan dengan projek pembinaan terowong dasar laut.

Turut diserbu dalam operasi sekitar jam 9 pagi itu adalah beberapa syarikat berkaitan yang beroperasi di sekitar negeri ini.

Difahamkan, SPRM menyerbu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian di KOMTAR dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri di Jalan Sungai Pinang.

Selain itu, pejabat syarikat pemaju Ewin-Zenith Sdn Bhd, 555 Capital Sdn Bhd dan Konsortium Zenith di sekitar negeri itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki dilaporkan berkata, serbuan dibuat bagi membantu siasatan berkaitan projek mega itu yang akan menghubung­kan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam di Seberang Perai Utara.

Beliau dipetik berkata, pihaknya akan meneliti dokumen dirampas bagi memastikan siasatan lebih menyeluruh dapat dijalankan.

Menurut laporan, serbuan ini dibuat berdasarka­n bukti baru berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut yang dikemukaka­n kepada SPRM.

Sabtu lalu, Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat laporan kedua dan mengemukak­an bukti baru kepada SPRM berhubung projek terowong dasar laut dirangka kerajaan DAP Pulau Pinang.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubung­kan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerah­kan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang terdiri daripada beberapa syarikat.

 ??  ?? DUA Datuk direman enam hari berhubung kes projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang, semalam.
DUA Datuk direman enam hari berhubung kes projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia