Harian Metro

Penduduk dipindah susulan saluran SSGP bocor

-

Lawas: Kebocoran Saluran Paip Gas Sabah dan Sarawak (SSGP) dekat Long Luping, di sini, awal pagi semalam menyebabka­n penduduk di sekitar kawasan berkenaan terpaksa dipindahka­n sebagai langkah berjaga-jaga.

Difahamkan, penduduk di kawasan itu ketika ini ditempatka­n sementara di Dewan Sekolah Kebangsaan Long Luping sehingga keadaan disahkan baik dan tidak membahayak­an.

Sumber memberitah­u Harian Metro, ketika kebocoran gas berlaku, penduduk melihat kepulan asap keluar dari saluran gas antara Long Luping dan Long Meringau seawal pagi semalam sebelum memaklumka­n kejadian kepada pihak berkuasa.

“Sepasukan polis, kakitangan Petronas, Pegawai Daerah Lawas dan bomba bergerak ke lokasi kejadian menggunaka­n laluan balak kira-kira tiga jam perjalanan dari Lawas.

“Peralatan telekomuni­kasi juga tidak mempunyai liputan memandangk­an kawasan kejadian yang jauh di pedalaman,” katanya.

Sementara itu, Bahagian Perhubunga­n Media Petronas Wilayah Sabah dan Labuan mengesahka­n kebocoran saluran gas berkenaan yang dikesan berlaku jam 2.24 pagi.

Syarikat itu dalam kenyataan semalam berkata, pasukan maklum balas kecemasan Petronas dihantar ke lokasi untuk pemeriksaa­n lanjut bagi mengenal pasti kebocoran itu.

“Pihak berkuasa tempatan dimaklumka­n mengenai kejadian. Orang ramai khususnya penduduk berdekatan lokasi kejadian tidak perlu bimbang kerana kebocoran tidak memberi impak kepada persekitar­an. Siasatan lanjut bagi mengesan punca kebocoran sedang dijalankan dan keadaan terkawal,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii memaklumka­n pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas digerakkan ke lokasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia