Harian Metro

Tanda perjuangan penuh emosi

-

Kuala Lumpur: Individu ataupun jemaah malah parti politik sekalipun menggunaka­n nama Islam, tetapi maki hamun, cercaan dan perkataan buruk menjadi kelaziman, tanda perjuangan mereka tidak bertujuan mengangkat atau memuliakan agama, kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Malah katanya, ia adalah perjuangan dipenuhi emosi dan dikuasai kepentinga­n diri dan kumpulan.

“Nabi Muhammad SAW menghadapi ujian dan cabaran yang lebih berat. Pun begitu, Anas bin Malik meriwayatk­an: Bukanlah Nabi SAW itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain,” katanya dalam jawapan kepada satu pertanyaan berkaitan perjuangan agama dengan maki hamun di Facebook beliau, semalam.

Justeru katanya, hendaklah dijauhi mana-mana perjuangan atas nama agama, nama menegak negara Islam ataupun apa saja jika ia membentuk sikap buruk dan bercanggah dengan syarak.

“Hendaklah kita elakkan diri berada dalam kumpulan ataupun keadaan yang merosakkan diri kita.

“Kita wajib berhati-hati, kerana kumpulan, pertubuhan, parti politik dan apa sahaja yang kita dampingi akan membentuk amalan agama kita.

“Jika teman rapat, kumpulan ataupun aliran yang kita ikuti itu suka memaki hamun orang lain, maka demikian terbentuk diri yang mendamping­i itu,” katanya.

Mohd Asri berkata, orang yang suka memaki orang lain adalah golongan fasiq (golongan pendosa) dan mereka bukan penegak agama.

“Tujuan dakwah, nasihat, kuliah agama untuk mencari pahala. Sedangkan, maki hamun mendatangk­an dosa dan mengikis pahala yang ada. Maka, sudah tentu itu bukan perjuangan menegakkan Islam,” katanya.

Katanya, seseorang boleh mengkritik sesuatu perkara salah namun agama mengajar agar berdisipli­n dalam ucapan.

“Apabila kita melihat seseorang melakukan dosa, maka kita menegah dan mengkritik perbuatann­ya.

“Namun kita tidak boleh berlebihan mencercany­a, kerana ada kemungkina­n di sudut yang lain, dia lebih baik,” katanya.

 ?? Mohd Asri Zainul Abidin ?? Tujuan dakwah, nasihat, kuliah agama untuk mencari pahala. Sedangkan, maki hamun mendatangk­an dosa dan mengikis pahala yang ada. Maka, sudah tentu itu bukan perjuangan menegakkan Islam”
Mohd Asri Zainul Abidin Tujuan dakwah, nasihat, kuliah agama untuk mencari pahala. Sedangkan, maki hamun mendatangk­an dosa dan mengikis pahala yang ada. Maka, sudah tentu itu bukan perjuangan menegakkan Islam”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia