Harian Metro

Ahli keluarga, kenalan belanja sendiri tunai umrah

-

Kuala Lumpur: Kehadiran beberapa ahli keluarga dan kenalan Perdana Menteri sempena lawatan rasmi beliau ke Arab Saudi adalah atas perbelanja­an sendiri bagi menunaikan umrah.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan di laman Facebook semalam memaklumka­n, lawatan kerja Datuk Seri Najib Razak ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz al-Saud.

“Ia bagi membincang­kan isu dua hala yang dipersetuj­ui kedua-dua negara semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada tahun lalu.

“Rombongan Perdana Menteri turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir, Datin Seri Rosmah Mansor, Tun Rahah Mohammad Noah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawai Perdana Menteri,” katanya.

Selain itu katanya, adalah menjadi hasrat Perdana Menteri untuk menunaikan ibadat umrah semasa lawatan kerja itu dan beliau mengajak ahli keluarga serta beberapa kenalan dalam lawatan itu bagi bersamanya dalam mengerjaka­n umrah.

“Adik Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan ini membuat perbelanja­an sendiri ke Tanah Suci.

“Hanya Tun Rahah yang turut bersama Datuk Seri Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.

“Nama mereka ini dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbira­n dengan pihak Arab Saudi bagi program ibadat umrah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia