Harian Metro

Bicara tauke rumah sundal 19 Februari

-

Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen, di sini, menetapkan kes dua lelaki yang mengurus rumah persundala­n di sini, dibicaraka­n antara 19 dan 22 Februari depan.

Hakim Azreena Aziz menetapkan tarikh itu pada pengurusan kes berkenaan, semalam.

Beliau turut menetapkan 7 Februari sekali lagi sebagai tarikh pengurusan kes itu.

Pada 29 Disember lalu, tertuduh, Tay Thian Chuan, 45, dan Tay Leong Hee, 52, masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Berdasarka­n pertuduhan, kedua-dua tertuduh ditahan di bilik hotel, di Kota Kinabalu, jam 8.44 malam, 23 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 373 (1) (a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Ia memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Kedua-dua lelaki itu sebelum ini masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Tertuduh juga dikenakan syarat tambahan iaitu perlu menyerahka­n pasport kepada mahkamah dan perlu melapor diri sebulan sekali di pejabat Jabatan Imigresen.

Media sebelum ini melaporkan Jabatan Imigresen menerusi Op Gegar merampas wang tunai RM14.5 juta dan menahan 22 individu dalam dua serbuan di Kota Kinabalu.

Pada 24 November lalu, operasi itu membawa penemuan wang tunai berjumlah RM11.88 juta di sebuah bilik hotel di Kota Kinabalu sebelum pemeriksaa­n susulan di sebuah apartmen berhampira­n menemui lebih RM1.17 juta lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia