Harian Metro

Baru kau tahu...

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

 Dua polis, peniaga samun wanita dipenjara

Dua anggota polis dan seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan enam sebatan serta 11 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mereka didapati bersalah melakukan rompakan berkumpula­n terhadap peniaga wanita, dua tahun lalu.

Hakim Nazri Ismail menjatuhka­n hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah pada akhir perbicaraa­n.

Tertuduh pertama yang juga konstabel polis, Adri Hazwan Ahmad, 29, dihukum penjara 11 tahun dan empat sebatan manakala tertuduh kedua, Mohamad Fauzi Arifin, 27, seorang lans koperal polis serta abangnya yang juga tertuduh ketiga, Mohd Fairuz, 30, pula masing-masing dihukum penjara 13 tahun dan enam sebatan.

Kedua-dua tertuduh kedua dan ketiga tidak hadir ke mahkamah apabila diminta berbuat demikian hingga waran tangkap dikeluarka­n terhadap mereka serta saksi.

Nazri dalam penghakima­nnya berkata, pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah dan hanya membangkit­kan penafian semata-mata tanpa menafikan maksud sah berada di tempat kejadian.

Malah, hukuman dijatuhkan terhadap dua beradik itu juga dibuat mengikut Seksyen 425(a), Kanun Prosedur Jenayah selepas kedua-dua mereka gagal hadir.

Mengikut kertas pertuduhan, Adri Hazwan bersama Mohamad Fauzi dan Mohd Fairuz didakwa melakukan rompak berkumpula­n terhadap Rahmah Omar, 55, dengan mengambil wang RM3,050 di sebuah rumah di Kampung Tanjong Badang di sini, jam 11.15 malam, 18 Mac 2016.

Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 395, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, ketika pengadu bersama suami tidur di rumah, mereka dikejutkan dengan kedatangan tiga lelaki yang menaiki pacuan empat roda Toyota Hilux termasuk seorang daripadany­a menyamar sebagai anggota polis.

Wanita itu membuka pintu sebelum dua lelaki masuk ke dalam rumah manakala lelaki yang menyamar polis menggari tangan suami mangsa sambil mendakwa menjual rokok seludup.

Mangsa memberi sejumlah wang dan suspek merampas beberapa kotak rokok seludup sebelum melarikan diri dengan kenderaan berkenaan.

Siasatan dijalankan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pada jam 2.20 petang, 11 November 2016, seorang daripada suspek ditahan di Bachok manakala dua lagi ditahan, jam 10 malam, 18 November 2016.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falena Abu Bakar yang memohon hukuman setimpal kerana dua tertuduh adalah anggota polis yang sepatutnya melindungi orang awam.

 ?? FOTO: SYAMSI SUHAIMI ?? ADRI Hazwan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpula­n dua tahun lalu.
FOTO: SYAMSI SUHAIMI ADRI Hazwan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpula­n dua tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia